6.9.09

Tanda Allah Cinta

Saya cukup tak gemar bila bercerita tentang penyakit saya. Tapi yang saya hairan, setiap kali saya sakit saya akan menulis puisi. Puisi tentang ketuhanan. Puisi tentang hati mati. Puisi tentang Sampah. Puisi tentang Syurga dan Neraka dsb. Mungkin saya terlalu memikirkannya sedalam-dalamnya. Saya cuba kaitkan agama dengan sains. Apa? Gila isim ker saya? Hehehe... Tak tahuler nak kata apa.
.
Harap selepas ini, walau saya menulis sebarang puisi, janganlah saya sakit kembali. Nauzubillah... Janganlah saya menyusahkan keluarga saya lagi terutama emak abah dan kak Hida.


"Ya Allah... lindungi diriku dari sakit kembali." Pinta saya.
.
Ini adalah antara puisi yang rasanya, saya cuba buat semasa diserang "Bipolar Disorder" buat kali ke-3.. Eeii... maluler saya....
.
Tanda Allah Cinta
.
Bila kita berjalan
Alangkah eloknya
Orang ikhlas memandang
Orang bangkit memuliakan
Seperti lagaknya Umar Abdul Aziz berjalan
Di Arafah tempat pilihan
Itulah sebenarnya tanda…
Tanda Allah cinta padanya
Bila hati manusia turut terpaut sama.
.
Sesungguhnya teman
Jika Allah cinta padamu
Akan berseru Jibril di langit
“Sesungguhnya, Allah cinta padamu Ya si fulan”
.
Maka
Seluruh penghuni langit mula jatuh hati
.
Dan
Seruan cinta dilanjutkan ke bumi
Maka cinta bersemi di planet bumi
Satu persatu terpaut hati
.
Awas teman!
Jika Dia memurkaimu
Jibrilpun berseru di langit
“Sesungguhnya, Allah amat murka padamu si fulan!!!”
.
Maka
Seluruh penghuni langit murka padamu
.
Dan
Seruan benci dilanjutkan ke bumi
Maka seluruh planet bumi pula jatuh benci
Satu persatu dendamnya berapi
.
Wahai manusia
Wahai jin, haiwan
Wahai angin, air, api
Wahai pokok, tanah, bukit
Wahai gunung
Wahai matahari
Wahai atom-atom, molekul dan sebatian
Wahai virus nyata dan maya
Wahai sekelian mahkluk yang tercipta
Sesungguhnya
Allah murka pada si fulan
.
Maka... bibit bencana bercanda
Banjir besar, tsunami,
ribut taufan, tornado, jerebu,
haiwan ternakan penyakit melanda, virus menggila,
volcano meletuskan isinya, gempa bumi, gerakan tanah
kemarau kering tumbuhan tak keluar, hutan terbakar, panas terik tak terkata
Masalah sosial menjadi gejala
dan banyak lagi tanda-tanda kemurkaannya
.
Apakah mahu bencana berlaku lagi maha dahsyat nanti
Baru tersentak dan tu baru terngadah?
Baru tersedar dari terleka?
.
Oh! Sudah terlewat saat itu
Maafkan Daku wahai makhlukKu
SudahKu ingatkanmu melalui pesuruh dan kitab-kitabKu
.
Aku maha kasih padamu,
Aku maha sayang padamu
Tapi kau buat Aku benci
Kau buat Aku luka hati
Sanggup kau menduakanKu..
Sanggup kau meninggalkan suruhanKu
Sanggup kau melakukan laranganKu
Aku sudah puas bersabar
.
Bila Kumurka
Kemaafan sudah Ku”delete” semuanya
Aku jadi kejam. Maha kejam pula!
Tidak terdengarkah adanya jeritan suara di Siberia
Tatkala proses carian minyak di sana
Bukankan sudah ternyata ada Syurga dan Neraka?
Harus bagaimana?
.
Jadi...
Yang mana satu jadi pilihan hati?
Mahu dicintai atau dimurkai
Mahu disayangi atau dibenci
Sesungguhnya ia pemberian Rabbi
Anugerah atas amalan diri
Buat baik tautnya bersemi
Yang dilarang Tuhan patut dijauhi
A’mal makruf nahi mungkar
Itulah petua atau rahsia
Panduan untuk bercinta padaNya.
.
Sesungguhnya banyak rahsia sudah terbongkar
Satu persatu Ku izin keluar
Hanya berfikir dapat dicapai...
Berfikirlah.
Kerana ia tanda orang beriman.
.
Awiejb
9-8-2005
Bandar Sri Permaisuri
.
Edited
8-11-2006
Kolej Lagenda, Mantin
.

No comments: