19.9.11

Resepi Lasagna

resepi lasagna(utk loyang empat segi besar)
.

.
Bahan-bahan
bawang merah
bawang putih
sos merah prego(2 tin)
sos kabonara prego(1 tin)
lasagna slice
cupsicum(1 biji)
cendawan butang
daun saderi(yg wonderpet tu)
daging cincang 200 gm
susu cair
butter
tepung

Cara-cara membuatnya

sos merah:
1- tumis bawang merah dan putih sehingga wangi..masukkan daging cincang...biar lama sikit utk elakkan bau hanyir daging
2-masukkan sos tomato prego,capsicum n daun saderi
3-letakkan italian herbs secukupnya

sos putih:
1- tumis butter ngan tepung
2- masukkan sos kabonara

1-masukkan bahan2 sos merah dalam acuan
2- letak lasagna slice
selang-selikan dgn sos putih

bakar lasagna dlm suhu 200 celcius selama 1 jam..pastu parutkan mozarella chesse dan letkkan atas lasagna...bakar suhu yg sama selama 5 minit..senang kan??selamat mencube..


kredit untuk Azlina Ahamat untuk berkongsi resepi...

11.9.11

Idea baru

Ya Allah,
Moga Engkau limpahkan ilmuMu kepadaku seluas-luasnya,
Permudahkanlah daku memperoleh ilmuMu,
Dan, permudahkan jugalah daku menyampaikannya kepada insan lain,
Walau daku tak seperti Norhayati Berahim,
yang berupaya mencalit cerita berliku,
Alangkah indahnya jika diriku,
diberi ilmu sebegitu,

Ya Allah Tuhan yang Maha Agung,
Mohon amanahMu dapatku teruskan,
secara istiqamah,
Sediakanlah rohani dan jasmaniku,
untuk amal makruf nahi mungkar,
Semoga caraku  halus dan berhikmah,
Agar insan lain menerimanya, mendapat kefahaman
dan mengamalkannya,

Amin.... Ya Rabbal Alamin

Awiejb
Desa Pinggiran Putra
11.9.2011

10.2.11

Keselamatan di Jalan Raya

Seringkali kita menghadapi masalah ini. Jiran sebelah pun kita tak ambil peduli. Sedangkan jiran melebihi taraf daripada saudara kita. Siapa yang kita boleh harapkan kalau saudara jauh sekali. Bukankah jiran. Kenalilah jiran anda.
.
Sebenarnya bukan setakat jiran yang saya nak ingatkan, hubungan sesama manusia itulah yang penting. Usahlah kita menyusahkan orang lain walaupun tiada hubungan darah. Banyak yang ingin saya sentuh di sini. Antara kebiasaan orang merasakan dia tidak bersalah:
.
Mat Rempit tunjuk kehebatannya...



1. Merempit
.

Nampak macam tak berdosa jer merempit ni. Tu kata korang ler. Cuba korang duduk, kita orang merempit pulak. Apa rasanya? Tak tension ker pendengaran korang? Berdosa dik kalau kita berbuat bising menganggu ketenteraman awam. Si Atid (Malaikat sblh kiri) siap mencatit sbg bukti korang buat dosa.
.

Merempit juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Ada yang koma. Ada yang innalillah.... Tak sempat nak bertaubat. Ialah, sembahyang kita ke mana. Amal ibadat kita diterima ke tidak. Hai tak tauler teman.

.
2. Cilok kereta
.
Nampak macam best jer kan mencilok. Kita cepat sampai dulu dari orang yang mengikut undang2 di jalan raya. Tapi, tau tak kesannya apa? Kita menyebabkan ke"jem"an yang dahsyat. Tau nak cilok jer yer. Si Atid catit lagi.

.
3. Pandu Kereta Tak Berhemah

.
Kengkadang, kita berasa tak rush nak kemana-mana, jadi biarler kita di line 2 atau line 3. Tapi janganler duduk kat line 1. GGGeram tau. Dah tau slow, nampak kereta belakang hampir, gerakler ke line ke-2 pada jarak yg selamat. Kasihanlah orang yang nak kejar jalan ni. Nak terberak ker. Kecemasanker... saper tau

.
4. Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Yang menanti saban waktu. Setia menanti. Elakkan kemalangan dari terjadi. Kalau terjadi juga redhailah pemergiannya. Sudah suratan ilahi.
.
Kemalangan yang perlu kita elak dengan mematuhi undang-undang jalan raya

5.2.11

Semacam jer hari ini...



Seram sejuk jer bila jumpa doktor yea?

Hampir dua tahun, aku tidak mengalami penyakit Bipolar Disorder ni. Untuk mengelakkan kak ida dan syamin dari menanggung beban, aku berserah diri ke PPUM bertemu dengan Dr Suhana di Wad Kecemasan (Trauma).

     Lamanya menunggu. Kesabaranku ke tahap gaban dah ni. Kalian bayangkanlah daftar 10.20 pagi, jam 12.20 tgh kena timbang. Alahai punya canggih hospital, masih guna neraca timbang. Bagi jer lah kat sekolah den. Buat pameran sejarah. Lepas tu ukur tekanan darah. Normal katanya.

     Tunggu lagi hingga jam 1.15 tgh. Berbincang sikit-sebanyak. Taknakler menipu kali ni, nak terangkan pada mereka aku nak tahu rasanya jadi pesakit di wad psikiatri. 2 dalam 1. Sakitpun yea, nak menyamar jadi orang tak betulpun yea.

     Lepas tu, Dr Suhana mencari vena di 3 tempat, sebab vena aku menyorok tak bagi cucuk. Lastly di cucuk jugak ler. Menyumpah aku kat Dr tu. "Sakitnya,...... berdosa doktor cucuk orang ni tanpa redha". Aku memang tak pernah redha anggota badanku disakitkan. Aku kira doktor nak ambil darah sahaja. Rupa-rupanya dibiusnya aku bagi aku tidur. Hai.... macam nilah prosedurnya seorang dr. Nampak mulia tapi sebaliknya penganiaya. Nasib tak jadi doktor.