31.8.09

Mee Bandung Muar

Sesekali berbuka dengan mee bandung muar ler... Tukar selera


Bahan Blender
Lada kering
bawang merah
bawang putih
segenggam udang kering
(elakkan udang kering geragau- rasa/bau hancing nanti)

Bahan Rencah
Ayam/ udang/ sotong/ daging (suka hati nak letak semuapun boleh)
Fish ball (goreng dan dipotong)
Tahu (digoreng)
Mee kuning
Telur ayam (sekurang-kurangnya 2 biji)
Taugeh (kalau suka)
Sawi (potong)
Gula
Garam
Air

Cara memasak
Tumiskan bahan yang diblender + ayam/ udang/sotong/daging sehingga sambal matang
Tambahkan tahu + fish ball (kedua-duanya dipotong)
Tambah garam + gula secukup rasa


(Masa ni suka hati kalau nak keluarkan separuh bahan yang sudah ditumis.Tujuannya, untuk masak secara sederhana. Kalau kurang pekat/pedas boleh tambahkan. Atau, untuk makan ulangan pula)


Seterusnya, + batang sawi yang keras
Kemudian + air (berpada untuk jumlah mee yang akan direndam- selalunya banyakler. Mee bandungkan mee berkuah)
Masukkan garam + gula secukup rasa. (selalunya sikit lebih gula – agar tidak terlalu pedas)
Apabila mendidih masukkan telur (ikut suka)


Apabila telur dah membentuk, masukkan mee – berpada-pada ikut jumlah orang

+ taugeh dan daun sawi.
Dan, 2-3 minit tu masaklah.


Ni resepi turun temurun nenek moyang saya. Mee bandung muar. Semoga jadi amalan buat atok nenek den kelak. Cubalah yek bagi yang suka memasak tu. Mungkin boleh testing untuk preparation juadah berbuka kelak. Karang kalu dah sedap nanti boleh le ajak saya rasa. Best jugek…. Terus dapat makan. Satu lagi rahsianya gula yang digunakan adalah gula batu. Tu kalau nak rasa power lah. Tapi kalu tak de, gula pasirpun boleh.

Ok… selamat mencuba.

30.8.09

Berkat Lontong...

Hiasan gambar sahaja. Lontong kak Hida buat lagi sedap!
.
.
Saya ada seorang kakak. Kak Hida namanya. Cantik, rajin, pembersih orangnya. Tak macam saya… hehehe… Saya amat kerap ke rumahnya di Ampang. Selalunya setiap hujung minggu. Seorang yang penyabar. Tapi, kalau dia terlalu marah, keluarlah kata-kata pedas yang tak sedap didengar. Kalau tak kena masanya, saya akan sedih, tersinggung dan terluka. Lalu membawa diri seketika.
.
Memang silap saya, asyik mengadap komputer, sampai lupa untuk membersihkan rumahnya. Sehingga dia balik dari kerja dia menegur (tapi dalam ayat marah). Apalah saya ni… teguran itupun saya tak dapat terima. Saya membalas satu ayat. “Ingat aku babu ker?”Tak patutkan… saya jawap macam tu. Bermula saat itulah saya mendiamkan diri sebab terasa sedih dimarahi. Diam membisu seribu bahasa.
.
Dua hari menahan diri di rumah kak Hida. Dingin. Saya membawa diri ke Mantin. Tinggal seorang diri. Saya tidak membalas segala mesej dan apalagi untuk menyahut telefon sekiranya daripada kakak. Hish… buruknya perangai saya. Adalah… dalam dua hari saya berkelakuan begitu. Syamin, housemate kakak saya yang menjadi orang tengahnya.
.
Di rumah, saya sebak seorang diri. Menangis. Sedih tau… kak Hida marah dan tak bercakap dengan saya di rumahnya. Menyesal sungguh pergi Ampang. Kalau tidak takkan kena marah-marah.
.
Sebenarnya, saya ke sana kerana hajat dihati untuk bergambar sama dengan jubah konvo yang belum saya pulang. Ialah…. Kan masa konvo kak Hida tak datang. Impian tak kesampaian. Jadi pulak tragedi ini. Saya tak marah kak Hida. Tapi hati saya… sedih. Sehingga pedih…. merajuk tak tentu pasal. Selalunya saya selamba jer. Ialah mungkin masa tak kena. Waktu saya tengah angin sedih kot.
.
Bergambar tak dapat. Kena marah lagi. Sayapun apalagi terus cabut pada hari ketiga di rumahnya. Apatah lagi saya akan mengadap peperiksaan PTK. Macam serius jer bunyinya. Padahal, baca sangatpun tidak. Dulu… baca betul-betul tak excellentpun.Dan, Last minute saya membacanya. Download dari internet sahaja.
.
Berada di rumah Mantin, berasa bahagia. Sunyi. Sesekali kedengaran derusan kenderaan yang melalui Highway Lekas ke Seremban. Tiada siapa nak marah-marah. Bebas. Sejuk.
.
Esok datang Ampang tau… aku nak masak lontong.
.
SMS daripada kak Hida. Memujuk saya. Kalau nak diikutkan hati yang masih sedih. Tak ingin nak ke Ampang lagi. Tapi… sampai bila saya nak merajuk hati. Cubalah… berbaik-baik. Desis hati saya.
.
K
.
Saya menjawab ringkas. Semoga dengan berkat lontong ini, hubungan dua orang adik-beradik ini menjadi pulih dan kembali mesra seperti biasa. Bak kata orang. Gaduh-gaduh adik-beradik ni. Kejap jer. Lepas tu baik ler.

29.8.09

Doa Bulan Ramadhan

Emak bersama Wati, adik ipar saya dan cucunya si Hazry


Jarang sekali saya menghubungi emak melalui telefon. Entahlah... Biasanya saya berbual-bual dengan abah. Emak tak pernah menghubungi saya. Bukan di rumah tiada telefon. Bukan saya sahaja tidak dihubungi. Abang Hai, Kak Hida, PG, Zaki malah keluarga emak sendiripun tidak pernah dihubunginya. Apakah fobia telefon ker emak saya ini?

Buat pertama kalinya menggunakan Skype, saya boleh berbicara dengan emak secara nyata. Seolah-olah emak di hadapan saya. Berborak-borak. Tak lama.

"Dah ada cowok?" Emak kalau bertanya pasal bab ni. Mati akal dibuatnya.

"Belum. Nak jumpa orangpun payah." Balas saya. Dalam hati mengerutu. Mana saya nak cari?

"Doalah... di bulan Ramadhan ni, doanya makbul. Doa dimudahkan dapat jodoh. Dapat suami yang beriman." Emak mendoakan saya.

Saya mengiyakan sahaja.

Selepas solat, sayapun berdoa.

Ya Allah,
Anugerahkan padaku,
suami yang berilmu, beriman,
bertaqwa.
Amin.

Tapi, kalau setakat doa sahaja. Belum pasti terlaksana hajat emak saya ini. Cubalah buka email tagged. Saya tak faham lagi penggunaannya. Kata Azlin, teman saya, itulah cara mencari jodoh. Tapi, saya tak berapa jelas penggunaannya. Cubalah juga. Tapi... tak menarik minat saya. Adalah tekan-tekan match dengan no pada pasangan yang dipadankan. Tapi, apa gunanya ni? Tak retilah saya...

Semoga hajat emak saya ini terlaksana. Walau, saya tak reti dan malas untuk mencarinya.

Skype... videocam online



Abang Hai dengan anaknya si Haziq Zahidi.

Awie, ko ada YM tak?

Abang Hai chat melalui email yahoo. YM itu kalau yang tak tahu istilah bagi yahoo messanger.

Tak. Balas saya.

Saya cukup tak gemar menggunakan YM tu. Bukan apa... rasa mengganggu pulak. Kejap-kejap terbit YM. Dah tu kalau buka komputer. Ambil masa yang lama. Tu yang rasa malas jer menggunakannya.

Install ler. Nak cakap guna video cam.

Malaslah. Cuba, guna Skype... Balas saya
Apa kebenda Skype tu?

Entah.... Macam saya selalu tengok Skype tu kat OPRAH WINFREY SHOW. Tapi...Tak pernah ler cuba download program ni pula. Walau dah lama tahu. Info drpd Azli Radio KL.

Akhirnya, sama-sama mencuba. Akhirnya berjaya... Wallah

Bagi sesiapa ingin menggunakan camera di komputer untuk dijadikan video. Bolehler menggunakannya.

info: download skype

Penat Sungguh....

Boringnya nak konvo. Tak ada kengkawan. Semua dah lepas setahun yang lalu. Saya jer yang lambat habis. Apa taknya... sakit kembali. "Bipolar Disorder". Minta tangguh 2 semester. Orang biasanya habiskan belajar 2 tahun jer. Saya?? 4 tahunla...

At last... habis juga. Belajar tu memangler seronok. Tapi... bab buat projek ni yang sangkut ni. Nasiblah boleh siap akhirnya. Ingatkan tak habis buat master ni. Dah fed-up.

Tak beria-ia nak konvo master ni. Berbandinglah... dulu masa ambil degree kat UM. Amat berbeza. Walau 10 tahun di UM tu untuk habiskan degree. Tukar bidang dari Medic ke Sains Pendidikan. Cuti sakit 2-6 semester lagi. Tapi.... akhirnya berjaya juga.

Macam penat sungguh belajar master ni. Nak buat phd? Nantilah dulu... Rasa penat tak habis lagi....

Inilah antara gambar kenangan bersama family di UKM. Percaya tak... 2 keping gambar sahaja diambil. Kecoh... emak dan abah saya hilang. Disuruh bawa telefon bimbit. Tapi... baterinya kong. Haiya!! Buat panas hati.... Ingat nak ambil gambar bersama-sama. Adik meriah dengan anak-anaknya, Hazry dan Hairi. Kakak Hida, kaki gambar pula ada kursus yang wajib kena ikuti. Kalau tak banyaklah gambar boleh ambil.

Bersama adik, Zaki dan anak buah Hairi. Dapat 2 kuntum bunga ros. Alhamdulillah... jadilah daripada takder.


Bersama Ros, adik ipar saya. Di pekarangan Dewan Canselor UKM.

Setelah meronda-ronda sekitar Dewan yang penuh dengan ramai orang. Tak berjaya juga bertemu dengan abah dan emak. Ni mesti tunggu kat kereta... desis hati saya. Kan betul... penat sungguh mencari.


"Menjunjung kasih... Tuanku" ucapku kepada Yang Di-Pertuan Besar N. Sembilan. Sarjana Pendidikan. Pendidikan Matematik. Pada 17 Ogos 2009.

28.8.09

Udang Masak Asam Pedas

Semalam berbuka puasa sendirian. Selalupun. Nak buat macamana, dah orang bujang namanyapun.
.
Al-kisah, semalam cuba masak resepi baru. Asam pedas berlaukkan udang.
.
Ialah... kat peti sejuk tu, cuma tinggal udang dgn lala jer kan. Nak masak lala, baru jer semalam masak lala. Bahan-bahan asam pedas semua ada. Maka masaklah udang asam pedas.
.
Bila azan berkumandang, dengan Bismillahirahmanirrahim beserta niat berbuka puasa, maka merasalah masakan baru ini.
.
Patutlah orang tak masak udang masak asam pedas aikh... Tak berapa kena. Tapi tulah... nak cuba. Mana tahu kalu sedap, boleh dijaja masakan ini. Hehehe...