30.8.09

Berkat Lontong...

Hiasan gambar sahaja. Lontong kak Hida buat lagi sedap!
.
.
Saya ada seorang kakak. Kak Hida namanya. Cantik, rajin, pembersih orangnya. Tak macam saya… hehehe… Saya amat kerap ke rumahnya di Ampang. Selalunya setiap hujung minggu. Seorang yang penyabar. Tapi, kalau dia terlalu marah, keluarlah kata-kata pedas yang tak sedap didengar. Kalau tak kena masanya, saya akan sedih, tersinggung dan terluka. Lalu membawa diri seketika.
.
Memang silap saya, asyik mengadap komputer, sampai lupa untuk membersihkan rumahnya. Sehingga dia balik dari kerja dia menegur (tapi dalam ayat marah). Apalah saya ni… teguran itupun saya tak dapat terima. Saya membalas satu ayat. “Ingat aku babu ker?”Tak patutkan… saya jawap macam tu. Bermula saat itulah saya mendiamkan diri sebab terasa sedih dimarahi. Diam membisu seribu bahasa.
.
Dua hari menahan diri di rumah kak Hida. Dingin. Saya membawa diri ke Mantin. Tinggal seorang diri. Saya tidak membalas segala mesej dan apalagi untuk menyahut telefon sekiranya daripada kakak. Hish… buruknya perangai saya. Adalah… dalam dua hari saya berkelakuan begitu. Syamin, housemate kakak saya yang menjadi orang tengahnya.
.
Di rumah, saya sebak seorang diri. Menangis. Sedih tau… kak Hida marah dan tak bercakap dengan saya di rumahnya. Menyesal sungguh pergi Ampang. Kalau tidak takkan kena marah-marah.
.
Sebenarnya, saya ke sana kerana hajat dihati untuk bergambar sama dengan jubah konvo yang belum saya pulang. Ialah…. Kan masa konvo kak Hida tak datang. Impian tak kesampaian. Jadi pulak tragedi ini. Saya tak marah kak Hida. Tapi hati saya… sedih. Sehingga pedih…. merajuk tak tentu pasal. Selalunya saya selamba jer. Ialah mungkin masa tak kena. Waktu saya tengah angin sedih kot.
.
Bergambar tak dapat. Kena marah lagi. Sayapun apalagi terus cabut pada hari ketiga di rumahnya. Apatah lagi saya akan mengadap peperiksaan PTK. Macam serius jer bunyinya. Padahal, baca sangatpun tidak. Dulu… baca betul-betul tak excellentpun.Dan, Last minute saya membacanya. Download dari internet sahaja.
.
Berada di rumah Mantin, berasa bahagia. Sunyi. Sesekali kedengaran derusan kenderaan yang melalui Highway Lekas ke Seremban. Tiada siapa nak marah-marah. Bebas. Sejuk.
.
Esok datang Ampang tau… aku nak masak lontong.
.
SMS daripada kak Hida. Memujuk saya. Kalau nak diikutkan hati yang masih sedih. Tak ingin nak ke Ampang lagi. Tapi… sampai bila saya nak merajuk hati. Cubalah… berbaik-baik. Desis hati saya.
.
K
.
Saya menjawab ringkas. Semoga dengan berkat lontong ini, hubungan dua orang adik-beradik ini menjadi pulih dan kembali mesra seperti biasa. Bak kata orang. Gaduh-gaduh adik-beradik ni. Kejap jer. Lepas tu baik ler.

No comments: