29.8.09

Doa Bulan Ramadhan

Emak bersama Wati, adik ipar saya dan cucunya si Hazry


Jarang sekali saya menghubungi emak melalui telefon. Entahlah... Biasanya saya berbual-bual dengan abah. Emak tak pernah menghubungi saya. Bukan di rumah tiada telefon. Bukan saya sahaja tidak dihubungi. Abang Hai, Kak Hida, PG, Zaki malah keluarga emak sendiripun tidak pernah dihubunginya. Apakah fobia telefon ker emak saya ini?

Buat pertama kalinya menggunakan Skype, saya boleh berbicara dengan emak secara nyata. Seolah-olah emak di hadapan saya. Berborak-borak. Tak lama.

"Dah ada cowok?" Emak kalau bertanya pasal bab ni. Mati akal dibuatnya.

"Belum. Nak jumpa orangpun payah." Balas saya. Dalam hati mengerutu. Mana saya nak cari?

"Doalah... di bulan Ramadhan ni, doanya makbul. Doa dimudahkan dapat jodoh. Dapat suami yang beriman." Emak mendoakan saya.

Saya mengiyakan sahaja.

Selepas solat, sayapun berdoa.

Ya Allah,
Anugerahkan padaku,
suami yang berilmu, beriman,
bertaqwa.
Amin.

Tapi, kalau setakat doa sahaja. Belum pasti terlaksana hajat emak saya ini. Cubalah buka email tagged. Saya tak faham lagi penggunaannya. Kata Azlin, teman saya, itulah cara mencari jodoh. Tapi, saya tak berapa jelas penggunaannya. Cubalah juga. Tapi... tak menarik minat saya. Adalah tekan-tekan match dengan no pada pasangan yang dipadankan. Tapi, apa gunanya ni? Tak retilah saya...

Semoga hajat emak saya ini terlaksana. Walau, saya tak reti dan malas untuk mencarinya.

No comments: