10.2.11

Keselamatan di Jalan Raya

Seringkali kita menghadapi masalah ini. Jiran sebelah pun kita tak ambil peduli. Sedangkan jiran melebihi taraf daripada saudara kita. Siapa yang kita boleh harapkan kalau saudara jauh sekali. Bukankah jiran. Kenalilah jiran anda.
.
Sebenarnya bukan setakat jiran yang saya nak ingatkan, hubungan sesama manusia itulah yang penting. Usahlah kita menyusahkan orang lain walaupun tiada hubungan darah. Banyak yang ingin saya sentuh di sini. Antara kebiasaan orang merasakan dia tidak bersalah:
.
Mat Rempit tunjuk kehebatannya...



1. Merempit
.

Nampak macam tak berdosa jer merempit ni. Tu kata korang ler. Cuba korang duduk, kita orang merempit pulak. Apa rasanya? Tak tension ker pendengaran korang? Berdosa dik kalau kita berbuat bising menganggu ketenteraman awam. Si Atid (Malaikat sblh kiri) siap mencatit sbg bukti korang buat dosa.
.

Merempit juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Ada yang koma. Ada yang innalillah.... Tak sempat nak bertaubat. Ialah, sembahyang kita ke mana. Amal ibadat kita diterima ke tidak. Hai tak tauler teman.

.
2. Cilok kereta
.
Nampak macam best jer kan mencilok. Kita cepat sampai dulu dari orang yang mengikut undang2 di jalan raya. Tapi, tau tak kesannya apa? Kita menyebabkan ke"jem"an yang dahsyat. Tau nak cilok jer yer. Si Atid catit lagi.

.
3. Pandu Kereta Tak Berhemah

.
Kengkadang, kita berasa tak rush nak kemana-mana, jadi biarler kita di line 2 atau line 3. Tapi janganler duduk kat line 1. GGGeram tau. Dah tau slow, nampak kereta belakang hampir, gerakler ke line ke-2 pada jarak yg selamat. Kasihanlah orang yang nak kejar jalan ni. Nak terberak ker. Kecemasanker... saper tau

.
4. Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Yang menanti saban waktu. Setia menanti. Elakkan kemalangan dari terjadi. Kalau terjadi juga redhailah pemergiannya. Sudah suratan ilahi.
.
Kemalangan yang perlu kita elak dengan mematuhi undang-undang jalan raya

No comments: