5.2.11

Semacam jer hari ini...



Seram sejuk jer bila jumpa doktor yea?

Hampir dua tahun, aku tidak mengalami penyakit Bipolar Disorder ni. Untuk mengelakkan kak ida dan syamin dari menanggung beban, aku berserah diri ke PPUM bertemu dengan Dr Suhana di Wad Kecemasan (Trauma).

     Lamanya menunggu. Kesabaranku ke tahap gaban dah ni. Kalian bayangkanlah daftar 10.20 pagi, jam 12.20 tgh kena timbang. Alahai punya canggih hospital, masih guna neraca timbang. Bagi jer lah kat sekolah den. Buat pameran sejarah. Lepas tu ukur tekanan darah. Normal katanya.

     Tunggu lagi hingga jam 1.15 tgh. Berbincang sikit-sebanyak. Taknakler menipu kali ni, nak terangkan pada mereka aku nak tahu rasanya jadi pesakit di wad psikiatri. 2 dalam 1. Sakitpun yea, nak menyamar jadi orang tak betulpun yea.

     Lepas tu, Dr Suhana mencari vena di 3 tempat, sebab vena aku menyorok tak bagi cucuk. Lastly di cucuk jugak ler. Menyumpah aku kat Dr tu. "Sakitnya,...... berdosa doktor cucuk orang ni tanpa redha". Aku memang tak pernah redha anggota badanku disakitkan. Aku kira doktor nak ambil darah sahaja. Rupa-rupanya dibiusnya aku bagi aku tidur. Hai.... macam nilah prosedurnya seorang dr. Nampak mulia tapi sebaliknya penganiaya. Nasib tak jadi doktor. 

    

No comments: