11.9.09

Antara Dua Cinta



Antara Dua Cinta ...
.
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap 
Barukan terasa bila hilang
Apa yang diburu  timbul rasa jemu 
Bila sudah di dalam genggaman
.
.
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
.
.
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
.
.
Penyanyi: Raihan @ The Zikr
Penulis lirik: Pahrol Mohd Joui
Komposer: Nazrey
.
.
Hayatilah senikata lagu ini....Terasa diri ini sering mencintai dunia sedangkan akhirat kurang sekali...Sebak pula rasa hati...
.
.
.

8.9.09

Berarak Mendung Kelabu....

Sebelum kalian membaca, saya nak minta kalian buka browser baru, copy dan paste url yang di atas. Kemudian baru pada klik lagu ini ya Layang-layang Terputus Talinya. Nyanyian Alleycats. Zaman 80-an. Konon-kononnya bunyi sound effect dia lah. Baru macam sayu jer bunyinya... hehehe.
.
Hari ni, saya tak terdaya nak bercerita banyak. Entahlah.... rasa rawan pulak hari ni. Sebab semalam punya kes kot. Melayan Facebook. Melihat kawan-kawan bercerita yang melahirkan perasaan suka, benci, geram dsb. Dan, saya perhatikan kawan-kawan yang rajin mengusik, menyokong, merayu sesama. Membuatkan saya senyum sekali sekala. Hai... bertuahnya ramai kawan yea.
.
Saya tengok gambar kengkawan, family, gambar yang kawan tag dalam facebook. Membelek-belek gambar dari mereka mencari idea. Oklah... tengok awanlah yea hari ni...
.
Awan yang mendung.
.
Menutup langit dan berwarna kelabu...
.
Membuatkan hati merasa gerun. Akan kebesaran ilahi.
.
Lalu berarak mendung kelabu.
.
Mengikut arah angin yang menderu.
.
Dan, akhirnya langit kembali membiru
.
.
Begitulah hakikat dan realiti kehidupan. Dalam masa kepayahan dan kesukaran. Pasti ada kesenangan di kemudian. Tak dapat di dunia. Pasti peroleh di akhirat sana.
.
.
Kredit: Terimakasih Azah Ali (SMAP90). Atas sumbangan gambar Awan dapat dikongsi bersama.
.

7.9.09

Ishk.. Geramnya...

Nak ikutkan hati mati. Ikut rasa binasa. Tapi, kalau dah rasa geram... macam nak jadi CSI pulak hari ni. Boleh cari cap jari kat pintu, kat tombol dan sekitarnya. Tombol pintu yang mahalpun dicederakan. Aduh!!!!
.
Ada grillpun tak guna. Orang kalau nak masuk rumah tu, masuk jugalah kan....Apa report polis? Dah pernah buat dahpun. Masa hilang TV Sony 24'' dan  beberapa barang elektrik lain. Tapi, ialah polispun banyak kerja lainkan....
.
Jaga? Dah lama tak ada. Area rumah saya tu memang tak ada orang duduk sangatpun. Ramai yang sarankan pada saya agar pindah sahaja rumah. Tapi, rumah saya kalau tak saya yang duduk. Siapa pulak yang nak duduk. So, berani-beranilah duduk di sini. Tawakkal ilaLLah.
.
Manalah ada barang sangat kat rumah orang bujang ni. Tupun diaorang nak masuk jugak. Aiseyman...
.
Baru jer bulan Mac dan April rumah kena ceroboh. La..nipun dicerobohi lagi. Ishk... Saya kena pikirkan jalan macamana nak elak dicerobohi lagi. Harus bagaimana ya?
.
Kalau tengok di negeri Omputih. Mana pasang grillkan? Tak adapun suka-hati masuk rumah orang lain. Beradab sungguh dia orang ni. Ada nilai etika yang tinggi yang kurang ada pada segelintir masyarakat kita utk masuk ke rumah orang lain. Tapi, betul ker? Atau cerita TV sahaja?
.

Anak Rusa Nani...

Anak Rusa Nani,
Baru tumbuh ekor,
Apa salah kami,
Lalu tidak tegur....
.
Teringat lagu-lagu klasik masa zaman kanak-kanak dulu. Walau ayatnya pendek dan diulang berkali-kali. Ada maksud yang tersirat... Cantik sekali bahasa dulu-dulu yea.
.
Berceritalah pula saya tentang Rusa. Rusa kalau zaman sekarang ni, orang kenali sbg jenama kereta... kan. Tak silap saya bawah Perodua. Ala-ala van gitu. Comel, kecik, molek, lote, keras... hehehe.. mestilahkan, dah kenderaanpun namanya.
.
Perodua Rusa
.
Rusa kalau zaman dulu-dulu, seekor binatang. Ala... macam dalam cerita Santa Clause tu. Binatang yang tarik kereta dia adalah rusa...kan. Nak kata kancil, ia besar sikit dan ada tanduk. Itu gambaran sayalah.
.
Inilah rusa. Tapi kenapa tak ada tanduk aikh.. Agaknya betina kot.
.
Rupa-rupanya, rusa ni sedap bila dimakan. Rasa manis, kurang lemak dan tak berminyak. Itu orang katalah.... Saya belum pernah rasa. Teringin juga... sesekali ke kedai sate SAMURI cari juga. Tapi... tak ada. Mungkin habis stok agaknya.
.
Kalau dari segi saintifiknya, daging rusa ini mengandungi banyak protein dan kurang kolesterol. Sesuai sungguh bagi pengidap Diebetes, darah tinggi dan sakit jantung. Boleh dimasak seperti daging biasa seperti Rendang, BBQ dsb.
.
Marvelous... Rusa BBQ...
.
Kalau orang dulu-dulu nak makan daging rusa ni, kena berburu di hutan. Tapi, sekarang ni, zaman millineumlah katakan... nak berburupun, tengok hutanler ..Ahai... Bukanker banyak hutan sekarang ni dah dibangunkan. Lagipun, bukan boleh sebarang-sebarang boleh buru haiwan hutan ni.
.
Jadinya, rusa sekarang dikomersialkan di ladang-ladang penternakan. Ada di Gemencheh, Lenggeng, Seliau, Serting, Juaseh dan banyak lagi di seantero Malaysia.
.
Oleh kerana bekalan daging rusa ini terhad. Harga dipasaranpun agak tinggi. Boleh mencapai RM40-50 sekilogram. Dan kalau seekor rusa yang sudah siap dilapah berharga RM1700 (60-70kg). Tapi, peliklah saya. Kenapa tidak dijual di pasar ker, pasaraya ker.... Kalau adapun melalui agen atau pembekal.
.
Apapun, saya kesian pula pada orang yang mengidam. Manalah tau, antara yang terbaca karangan saya ni, kalangan ibu-ibu yang kena buatan orang tu kot teringin nak makan. Bolehlah saya rekemenkan dengan kenalan saya : En. Dzul (019-235 1535).
.
Tak kuasalah saya kalau nak jadi pengedar sama... Mana nak mengajar lagi. mana saya nak tumpukan pada bisnes SMS kecil saya lagi. Sudah-sudah ler tu. Karang dikejar tak dapat dikendong berciciran pulak... Ye tak?
.
.

Pindahan Wang

.
.
"Dik, akak nak pergi bank Maybanklah. Nak masukkan duit pada anak akaklah di UKM. Dia nak guna duit hari ni." Kata Kak Sal.
"Nak ikut kak. Boringlah pulak menunggu di SMK Seremban 2 ni. Seminar Keusahawanan 2 jam lagi bermula." Jelas saya.
"Akak, saya nak tanya sikit. Akak masukkan duit tu cara mana?"
"Akak keluarkan duit dulu. Lepas tu baru masukkan duit pula."
"Oooh... macam tu kah?"
.
Rupanya, ramai yang masih tidak jelas tentang penggunaan ATM machine ni. Kena beratur 2 kali. Sekali nak keluarkan duit. Sekali lagi nak masukkan duit. Kalau beraturnya panjang. Mungkin tak jadi berkali-kali nak ke ATM pula. Ahai.....
.
Ada kaedah mudah sebenarnya. Kalau kita perasan, semasa membuat pengeluaran akan keluar di skrin beberapa menu. Antaranya: Baki wang, Pengeluaran Tunai, Pembayaran Bil dan Pindahan Wang.
.
Pilih Pindahan Wang (kalau tiada dalam pilihan lain-lain)
Pilih Akaun ke-tiga
Masukkan nilai duit, contohnya: 50.00
Masukkan no. akaun (Kalau ATM Maybank, kenalah akaun Maybank juga)
Pilih Ya (Jika pasti penama akaun berkenaan)
Ambil resit. Dan...Settle.
Tak payahlah nak beratur pula di Cash Deposit Machine.
.
Kalau jauh ATM anda, melebihi kos RM2 pengangkutannya. Adalah baik menggunakan Maybank2u.com pula. Tunggu..... cerita di lain masa pula.
.
Bank lain pula caranya bagaimana?
Pada saya, konsepnya sama jer. Cubalah...dan kita pasti berbangga bila berjaya membuatnya...
.
.

6.9.09

Layan gambar..

Kekadang bila kita teringat zaman dulu-dulu, kita akan rindu. Dan, kita akan lihat segala perubahan kita termasuklah perubahan fizikal. Saya ni kejap kurus, kejap gemuk. Tapi, sejak akhir-akhir ni, tak boleh lah kurus macam dulu lagi. Dah expired date kot ... hehehe...
.
Layan jer lah yea..
.
Teringat zaman mengajar di SMK Bandar Tasik Selatan 2005.
Dr kiri Kak Jumaati, saya, Yati dan Ude. InsyaAllah... saya akan bercerita mengenainya.
.
Di Tasik Permaisuri, Cheras. Dari kiri: Roha, saya, Syamin, Kak Hida. Posing sakan...
.
Rakan-rakan sekolah lama. SMAP90. Bilalah nak buat reunion lagi yea. 2005.
Dari kiri: (Belakang) Fairus, Adib, saya, Shima, Senna, (argh.. lupalah yang belakang tu), Nurizal, Dzue. (Depan) Zaki dan Jahd.
.
Family saya. Raya 2006.
.
Di SMRA Nilai. 2009. Dari kiri: Kak Minah, Suria, saya, Dilah dan Ima.
.

Nasibmu nak...

"Macamana percubaan PMR kelmarin. Dah tahu result?" Nazriah ditanyai saya.
"Dah cikgu. Tapi, tak semualah dah dapat tahu markahnya."
"Sains Kelas 3G macamana cikgu?"
"Alhamdulillah....2 orang dapat A. 2 orang dapat B."
"Kelas saya?"
"6 orang lulus. Selebihnya dapat merah saja. "
"Awak lulus sains tak Nazriah?"
"Hmm..."
"Rasanya.... awak tak luluskan?" Tanya saya lagi. Masa tu saya mengajar subjek Sains.
"Kenapa yea cikgu.... Saya dah study. Sampai pukul 2 pagi."
"Bila awak study Nazriah? Malam nak periksa tu saja ker?" Tersenyum Nazriah tanda menjawap.
"Hmm... orang kalau nak berjaya bukan baca satu hari saja." Jelas saya.
"Tapi, saya bacalah cikgu. Hari-hari saya baca."
"Sebenarnya cikgu..... saya tak tenang."  Jelas Nazriah lagi.
"Apasal?"
"Family cikgu. Ah... tak de apa-apalah cikgu."
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apalah cikgu."
"Ceritalah... " Pujuk saya. Sambil mengusap lengan Nazriah.
"Susah hatilah cikgu. Ayah di Johor. Mak di sini."
"Ada apa-apa masalah ker? Hmm..Mak ayah berpisah ker?" Saya meneka dalam kesamaran.
"Iyea cikgu." Berair mata Nazriah menahan tangis.
"Tak sampai hati kalau balik asrama tengok emak menangis malam-malam."
"Hmm....Cuba Nazriah abaikan masalah tu buat masa sekarang. Fikir nak belajar saja. Kalau dapat baik keputusan nanti. Mesti mak suka. Boleh buat dia gembira." Cadang saya.
"Payahlah cikgu."
"Asyik fikirkan nasib adik di Johor dengan Ayah. Selamatkah dia di sana?" Risaulah saya.
"Hmm... sabarlah yek. Cuba bangun malam. Doakan mak ayah berbaik semula. Doa sekali mudah terima ilmu bila belajar. Awak nak periksa dah ni. Lagi dua bulan lagi ni. Fikirkan belajar sahaja sekarang yek."
.
Hai.... betulker gayanya saya memujuk anak murid saya ini? Nasiblah kak Hida saya pernah bercerita pengalamannya mengatasi masalah muridnya masa dia mengajar di Sek Ren Agama Perumahan Mara, Johor 10 tahun yang lalu. Kiranya saya tiru idea dia ler ni.
.
Kesian ehk kalau kita meletakkan diri menjadi Nazriah.
.
Sebenarnya bukan dia sorang jer hadapi masalah ni. Ramai lagi di luar sana lebih kurang sama saja problemnya. Tak tahulah nak cakap apa. Kadang-kadang pikir masalah mungkin datang dari bapa. Kadang tu pulak dari pihak ibu. Kata Dr HM Tuah dan Dr Fadhilah Kamsah, kedua-duanya kena bertolak ansur sama. Kalau dari Ust Fauzi dari Radio KLFM 6.45 pagi, perlu sama-sama jaga diri. Mungkin dari segi penampilan. Mungkin dari segi pembauan. Dan, pelbagai mungkin lagilah.
.
Ada suatu cerita, seorang isteri mintak Khalifah (Umar) untuk memohon bercerai. Sebab suaminya selekeh. Nasiblah Khalifah Umar slow-talk dengan suami perempuan tu. Minta dia bercukur dan memakai berpakaian segak serta bau-bauan yang harum sebelum bertemunya esok. Dan, apabila bertemu Umar keesokannya. Si isteri tak jadi untuk memohon bercerai pula. Dek terpesona dengan si suami pula. Si isteri harus menjaga diri. Si suamipun turut sama jaga diri. Sama-sama faham-memahami. Begitulah halnya dengan perkara-perkara lain juga. Itulah kesimpulan yang diperolehi. Pengalaman memang tiada. Tapi mendengar cerita tu banyak ler.
SMRAN
2008.
.

Tanda Allah Cinta

Saya cukup tak gemar bila bercerita tentang penyakit saya. Tapi yang saya hairan, setiap kali saya sakit saya akan menulis puisi. Puisi tentang ketuhanan. Puisi tentang hati mati. Puisi tentang Sampah. Puisi tentang Syurga dan Neraka dsb. Mungkin saya terlalu memikirkannya sedalam-dalamnya. Saya cuba kaitkan agama dengan sains. Apa? Gila isim ker saya? Hehehe... Tak tahuler nak kata apa.
.
Harap selepas ini, walau saya menulis sebarang puisi, janganlah saya sakit kembali. Nauzubillah... Janganlah saya menyusahkan keluarga saya lagi terutama emak abah dan kak Hida.


"Ya Allah... lindungi diriku dari sakit kembali." Pinta saya.
.
Ini adalah antara puisi yang rasanya, saya cuba buat semasa diserang "Bipolar Disorder" buat kali ke-3.. Eeii... maluler saya....
.
Tanda Allah Cinta
.
Bila kita berjalan
Alangkah eloknya
Orang ikhlas memandang
Orang bangkit memuliakan
Seperti lagaknya Umar Abdul Aziz berjalan
Di Arafah tempat pilihan
Itulah sebenarnya tanda…
Tanda Allah cinta padanya
Bila hati manusia turut terpaut sama.
.
Sesungguhnya teman
Jika Allah cinta padamu
Akan berseru Jibril di langit
“Sesungguhnya, Allah cinta padamu Ya si fulan”
.
Maka
Seluruh penghuni langit mula jatuh hati
.
Dan
Seruan cinta dilanjutkan ke bumi
Maka cinta bersemi di planet bumi
Satu persatu terpaut hati
.
Awas teman!
Jika Dia memurkaimu
Jibrilpun berseru di langit
“Sesungguhnya, Allah amat murka padamu si fulan!!!”
.
Maka
Seluruh penghuni langit murka padamu
.
Dan
Seruan benci dilanjutkan ke bumi
Maka seluruh planet bumi pula jatuh benci
Satu persatu dendamnya berapi
.
Wahai manusia
Wahai jin, haiwan
Wahai angin, air, api
Wahai pokok, tanah, bukit
Wahai gunung
Wahai matahari
Wahai atom-atom, molekul dan sebatian
Wahai virus nyata dan maya
Wahai sekelian mahkluk yang tercipta
Sesungguhnya
Allah murka pada si fulan
.
Maka... bibit bencana bercanda
Banjir besar, tsunami,
ribut taufan, tornado, jerebu,
haiwan ternakan penyakit melanda, virus menggila,
volcano meletuskan isinya, gempa bumi, gerakan tanah
kemarau kering tumbuhan tak keluar, hutan terbakar, panas terik tak terkata
Masalah sosial menjadi gejala
dan banyak lagi tanda-tanda kemurkaannya
.
Apakah mahu bencana berlaku lagi maha dahsyat nanti
Baru tersentak dan tu baru terngadah?
Baru tersedar dari terleka?
.
Oh! Sudah terlewat saat itu
Maafkan Daku wahai makhlukKu
SudahKu ingatkanmu melalui pesuruh dan kitab-kitabKu
.
Aku maha kasih padamu,
Aku maha sayang padamu
Tapi kau buat Aku benci
Kau buat Aku luka hati
Sanggup kau menduakanKu..
Sanggup kau meninggalkan suruhanKu
Sanggup kau melakukan laranganKu
Aku sudah puas bersabar
.
Bila Kumurka
Kemaafan sudah Ku”delete” semuanya
Aku jadi kejam. Maha kejam pula!
Tidak terdengarkah adanya jeritan suara di Siberia
Tatkala proses carian minyak di sana
Bukankan sudah ternyata ada Syurga dan Neraka?
Harus bagaimana?
.
Jadi...
Yang mana satu jadi pilihan hati?
Mahu dicintai atau dimurkai
Mahu disayangi atau dibenci
Sesungguhnya ia pemberian Rabbi
Anugerah atas amalan diri
Buat baik tautnya bersemi
Yang dilarang Tuhan patut dijauhi
A’mal makruf nahi mungkar
Itulah petua atau rahsia
Panduan untuk bercinta padaNya.
.
Sesungguhnya banyak rahsia sudah terbongkar
Satu persatu Ku izin keluar
Hanya berfikir dapat dicapai...
Berfikirlah.
Kerana ia tanda orang beriman.
.
Awiejb
9-8-2005
Bandar Sri Permaisuri
.
Edited
8-11-2006
Kolej Lagenda, Mantin
.

5.9.09

Facebook

contoh laman facebook

“Cikgu, tak fahamlah email cikgu bagi hari tu.”
“Facebook? Apa tu?”
“Kalau mySpace tu retilah cikgu..”


Hmm… barulah saya tahu kenapa email yang diberi ke pelajar saya tidak berbalas. Mungkin mereka tidak biasa dengan laman tersebut. Saya yang dah dewasa ni pun, hampir 2 bulan saya menerokanya. Apatah lagi budak umur 13 tahun.

Demi pelajar saya yang masih belum mahir pelajari laman social Facebook ini, maka saya turunkan ilmu sedikit… sebab sayapun masih ‘blur’ lagi… belum mahir 100%pun lagi. Sesuailah bagi orang yang baru macam saya yang nak belajar.


1. Daftar
Buka
www.facebook.com
Sign up terlebih dahulu.
Saranan saya:
First name
Last name
Email:
Password:
Pilih Jantina
Pilih Tarikh lahir
Klik sign-up

2. Getting Started

Find friends . skip this step
File your profiles. isilah kalau nak isi, kalau tidak , klik skip.
Profile picture. skip jer… kemudian boleh update.


3. Check e-mail untuk confirmation facebook.
Selalunya saya akan buka 2 browser Internet Explorer/ Tambah New Tab .
Boleh buat serentak 2-3 kerja. Buka email tsbt dan klik pada link yang berkenaan. Sekiranya belum berbuat demikian, laman tsbt tidak berjaya dibuka sepenuhnya. Klik pada Check email sekiranya tiada.Dan… hasilnya anda telah berdaftar rasmi dgn laman Facebook tsbt.

Laman Facebook ini baru menarik apabila ramai kawan. Sekiranya kurang, tidak terasa kegunaannya.

4. Tambah Kenalan
Pada menu Friends, invite email rakan-rakan.
Contoh:
abc@gmail.com, def@ymail.com dsb.

Bila rakan dah setuju baruler ada tindakbalas apabila kita bercerita tentang apa sahaja. Boleh kongsi gambar, video dan laman web sekiranya mahu berbuat demikian.

5. Friends Request
Confirm kalau setuju berkawan dengannya.

Kita boleh upload gambar pada profiles photo sekiranya suka berbuat demikian. Demikian ler cerita sedikit tentang menggunakan laman facebook ini.

info: Facebook Tutorial


Pinjaman Koperasi

Terasa seperti baru semalam saya mencuba menjadi seorang agen koperasi. Suka... Belajar sesuatu mengisi masa lapang. Selain menambahkan pendapatan, saya sentiasa ingin mempelajari sesuatu untuk mengaplikasikan apa yang saya pelajari. Saya semakin faham konsep komisyen. Semakin berani berkomunikasi dengan orang ramai. Tahulah serba sedikit tentang pinjaman peribadi tentang koperasi ini.
.
Bercerita tentang koperasi ni, saya pernah tertipu dengan seorang manager koperasi. Ialah, salah saya juga, kerana mempercayai dia walau sudah diingatkan penyelewengannya kepada company sesuatu syarikat yang mengendalikan koperasi pinjaman ini. Saya gelarkannya En. Zul sahaja di sini.
.
Setelah mencari client dengan mendahulukan modal seperti stem, pos laju, photostat, telefon dsb saya tidak diberi komisyen. Mungkin pada pendapat ramai tidak banyak. Tapi, RM2000... Banyak OOOoo.. bagi saya. Saya target dengan komisyen ini dapatlah saya membayar yuran pengajian saya di UKM. Ialah... nasib saya tak baik agaknya.
.
RM2000 ... ahh.. sedikit jumlahnya berbanding dengan rakan saya suami-isteri yang saya kenalkan sebagai Jana dan Madi. RM10000 lesap begitu sahaja. Kerja penat-penat tapi... tak dapat. Itulah namanya C O B A A N....
.
Kemudian, mengenali seorang manager yang lain pula, saya kenali sebagai En. Kamarul. Ya.. Alhamdulillah, orangnya baik, amanah, sidiq dan fatonah... hehehe macam sifat2 nabi pulak.
.
Tindakannya segera. Jadi, apa salahnya saya rekemenkannya. Pada sesiapa yang berminat membuat pinjaman tu, kalau dah tak boleh ke bank cubalah pada koperasi pula. Mana tahu boleh membantu.


.
Info terkini: Staf kontrak 6 bln ke atas sudah layak memohon loan.
.

4.9.09

Cuba jer lah...


Apa bendalah yang banyak orang hantar email pada saya ni. IGETWORLD?? Rasanya malas sudah saya untuk melibatkan diri dalam skim cepat kaya/ MLM dsb. Pernah masuk ler ni. Tapi belum pernah berjaya... Sbb saya kesiankan orang....

Tak sampai hati nak minta orang masuk sbb bayaran kemasukannya RM500 ke atas, kekadang ada yang mencapai RM10 ribu, RM40 ribu dsb. Saya sentiasa berfikir kesian pada orang yang akan masuk ke dalam program ini. Sebab, bayarannya mungkin melebihi pendapatan bersih sebulan. Ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi kepada bank, koperasi malah ada sampai meminjam ALONG. Padahal belum pasti lagi pulangannya... Terpaksalah pula kena potong gaji setiap bulan.

Hai...Kesiankan? Kesian. Saya le tu.... Padan muka. Hmm... Yelah.. ingat nak tambahkan pendapatan. Boleh bayar hutang. Bagi fulus pada abah dan emak. Bayar bil dll. Tapi,....mungkin saya tidak sesuai dgn program jualan langsung agaknya...

Sebolehnya, saya menidakkan semua promosi berkaitan dengan jualan langsung (MLM) ini.

Kedatangan email IGETWORLD saya bacalah juga. Biasalah... dengan membaca kita dapat tahu ilmu... kan...Modalpun RM50 jer. Takpelah... saya cuba sahaja. Kalau dapat RM200 dah kira baik. Kalau tak berjaya juga tak ler saya ralat hilang sebanyak RM50 itu...

Ia adalah MLM kerana ada downline dan upline. Dan, produk jualannya adalah e-Book. So, ini adalah MLM yang sah ni..Detik hati saya. Dan, ia mudah... sebab secara online secara langsung.

Tengok pula upline punya bank statement dlm tempoh 1 hari sahaja. Boleh tahan jugak yea. Saya cuba jer la...Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam....Sesiapa yang berminat untuk menerokanya silalah ker IGETWORLD
.
info : IGETWORLD
.
note: 
dah tak aktif sbb rangkaian tak berkembang...
tapi... ceburi SMS marketing pula. Alhamdulillah dah terbina rangkaian.
.
Edited 13.12.2012
Desa Pinggiran Putra

3.9.09

Deru Angin Sendu


.
Kekadang... bila angin jiwang datang. Mulalah saya meluahkannya melalui sajak. Hehehe... Ialah, nak ungkap malu. So, pendam sajalah... sampai bila-bila. Malu rasanya nak luahkan apa yang tersirat di kalbu. Hahaha... Memanglah sampai ketua orang tak tahu. Malu ler saya.
.
Nasib baiklah... saya redha dengan apa yang berlaku. Dan, berharap sangat orang yang pernah saya terrrrsuka tu beroleh pasangan yang baik dan dilimpahi rahmat. Ada juga pengalamanlah... bagaimana peritnya menahan rindu.
.
Ah...bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kan janet kan... Yang dah berlalu tu, biarlah berlalu. Tempuhi diri dengan tabah. Saya pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin si dia tidak sesuai untuk saya. Walau rasanya serasi. Mungkin sekejap sahaja. Sedangkan untuk hidup bersama sampai ketua tidak serasi pula. Mungkin bergaduh. Berpisah. Bercerai. Siapa tahu?
.
Saya pegang ayat Al-Quran ini : "Orang yang baik dengan yang baik, sebaliknya orang yang tak baik dengan yang tak baik", "Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap perkara".
.
Ah.. biarkanlah deru angin sendu ini bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bila tiba masanya, pasti akan datang jua. Sekiranya tiada, sudah pasti si Bidadara menanti di sana. Tupun kalau masuk Syurgaler... hai entahlah....dapatker saya masuk Syurga?
.

Deru Angin Sendu


Entah mengapa
Hatiku menyulam sendu
Mengulit pilu
Merintih sayu
Teringatkannya
Lama tak bersua
Ah.. rindunya

Oh Tuhan
Sakitnya rindu ini

Namun..
Aku tetap aku
Kelu lidah untuk menyata
Malu tak terkata
Kasihani jiwa yang lara
Pendam segala rasa
Genggam segala rahsia

Tuhanku...
Inikah ujianMU
Kutak mampu bersendiri lagi
Apatah Engkau tiada di sisi
Berdayakah aku?

Kumohon restuMu
Tautkan hatinya padaku
Dengan taufan mawaddah
Dan ribut rahmah
Sama sepertiku rasa

Sungguhku termalu
Juga malu padaMu
Kerna tak dayaku bak Rabiatul Adawiah
Hidup semata-mata untukMu

Kukasihaninya Ya Rahman
Jatuh kasih dirinya Ya Rahim
Agar hatinya bertaut sama
Bersama menghadapi dunia
Bersama ke Syurga

Kuatkan hatiku
Tetapkan imanku
Tabahkah jiwaku
Damaikan kalbuku
Agar dapatku senyum selalu
walau duka selaut pilu

Awiejb
Mantin
17 Sept 2006




2.9.09

Seronok sungguh hari ini....

Saya memang suka mengajar bila pelajar happy belajar dengan saya. Seboleh-bolehnya saya sentiasa berfikir bagaimana nak mengajar subjek ini dengan seronok...

Apa? Guna LCD...

Bukan saya menidakkan kegunaannya... Mungkin saya masih perlu belajar menggunakannya. Tapi, 3-5 kali mencuba tidak berjaya, jadi saya mengelak untuk menggunakannya. Kekadang mengambil 30 minit mengajar untuk membolehkan komputer saya boleh connect dengan LCD tsbt. Kekadang langsung tidak berjaya. Jadi, keadaan ini membantutkan saya untuk menggunakannya sepenuhnya.... Terukkan saya? Saya tiada pengalaman membahagiakan untuk menggunakannya makhluk yang canggih ini...

Ya... seperti biasa hari ini... saya seronok dengan pelajar saya. Walau tengah berpuasa, perhatian daripada mereka amatlah saya gembira.

Pelajar Tingkatan 1 Syafie dan Tingkatan 1 Ghazali. Masing-masing bertanya soalan. Terutama bab mencari nilai sudut dalam soalan segiempat dan segitiga yang digabungjalinkan. Sungguh seronok melihat mereka... Beriya-iya mencari nilai tersebut.

Kekadang bila mengajar ni, kena buat lawak bodoh sikit kan... Ada pelajar yang agak lambat sikit memang kena beri perhatian. Kalau sorang dua ok lagi la. Tapi kalau ramai sangat... tak terkejar kita. Terasa macam artis pula, ramai sangat peminatnya... hehehe perasan...

Untuk mengelak pelajar bertanya tanpa mencuba, saya ugut guna ayat ni...

Siapa bertanya. Saya HENTAK kepalanya...

Ishk.. macam ganas saja bunyinye kan? Pelajar saya senyum-senyum saja pada saya. Apa taknya, lepas cakap tu, saya senyum kambing pada mereka...

Wah...Berkesan jugalah cara saya. Pelajar yang tak berapa faham akan bertanya dengan rakan yang faham. Dan, ini melatih mereka berkomunikasi sebenarnya... Jadi, adalah masa saya untuk tumpukan kepada pelajar yang lambat pula...

Mungkin tajuk POLYGON ini seronok bagi mereka. Dan, tindakbalas mereka juga menjadikan seronok bagi saya...

1.9.09

UTK RENUNGAN BERSAMA....

Baiki cara solat khas utk perempuan


Antara email yang ingin dikongsi bersama.

Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.

Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam nipun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Maha Esa. 2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kitaberdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layakutk diberi peluang menghadap yg Maha Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakanoleh yg Maha Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga keparas dada (bukan telinga).Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan keatas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahulimanhamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaalakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikutitapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawahsedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antarakedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh kehadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala kekiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan diatas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlmkeadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu janganditurunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papanpunggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggidan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kitasedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 ygtertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranyakita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warnakulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikansewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin ygtebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akanterkeluar2 di celah2 kerawang telekung.

Oleh itu, berhati2lah. Sama2lahkita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kinimemakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biarsusah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg burukitu dari saya.Wassalamu.** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat.. **