resepi lasagna(utk loyang empat segi besar)
.
.
Bahan-bahan
bawang merah
bawang putih
sos merah prego(2 tin)
sos kabonara prego(1 tin)
lasagna slice
cupsicum(1 biji)
cendawan butang
daun saderi(yg wonderpet tu)
daging cincang 200 gm
susu cair
butter
tepung
Cara-cara membuatnya
sos merah:
1- tumis bawang merah dan putih sehingga wangi..masukkan daging cincang...biar lama sikit utk elakkan bau hanyir daging
2-masukkan sos tomato prego,capsicum n daun saderi
3-letakkan italian herbs secukupnya
sos putih:
1- tumis butter ngan tepung
2- masukkan sos kabonara
1-masukkan bahan2 sos merah dalam acuan
2- letak lasagna slice
selang-selikan dgn sos putih
bakar lasagna dlm suhu 200 celcius selama 1 jam..pastu parutkan mozarella chesse dan letkkan atas lasagna...bakar suhu yg sama selama 5 minit..senang kan??selamat mencube..
kredit untuk Azlina Ahamat untuk berkongsi resepi...
19.9.11
18.9.11
11.9.11
Idea baru
Ya Allah,
Moga Engkau limpahkan ilmuMu kepadaku seluas-luasnya,
Permudahkanlah daku memperoleh ilmuMu,
Dan, permudahkan jugalah daku menyampaikannya kepada insan lain,
Walau daku tak seperti Norhayati Berahim,
yang berupaya mencalit cerita berliku,
Alangkah indahnya jika diriku,
diberi ilmu sebegitu,
Ya Allah Tuhan yang Maha Agung,
Mohon amanahMu dapatku teruskan,
secara istiqamah,
Sediakanlah rohani dan jasmaniku,
untuk amal makruf nahi mungkar,
Semoga caraku halus dan berhikmah,
Agar insan lain menerimanya, mendapat kefahaman
dan mengamalkannya,
Amin.... Ya Rabbal Alamin
Awiejb
Desa Pinggiran Putra
11.9.2011
10.2.11
Keselamatan di Jalan Raya
Seringkali kita menghadapi masalah ini. Jiran sebelah pun kita tak ambil peduli. Sedangkan jiran melebihi taraf daripada saudara kita. Siapa yang kita boleh harapkan kalau saudara jauh sekali. Bukankah jiran. Kenalilah jiran anda.
.
Sebenarnya bukan setakat jiran yang saya nak ingatkan, hubungan sesama manusia itulah yang penting. Usahlah kita menyusahkan orang lain walaupun tiada hubungan darah. Banyak yang ingin saya sentuh di sini. Antara kebiasaan orang merasakan dia tidak bersalah:
.
1. Merempit
.
.
Mat Rempit tunjuk kehebatannya...
1. Merempit
.
Nampak macam tak berdosa jer merempit ni. Tu kata korang ler. Cuba korang duduk, kita orang merempit pulak. Apa rasanya? Tak tension ker pendengaran korang? Berdosa dik kalau kita berbuat bising menganggu ketenteraman awam. Si Atid (Malaikat sblh kiri) siap mencatit sbg bukti korang buat dosa.
.
.
Merempit juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Ada yang koma. Ada yang innalillah.... Tak sempat nak bertaubat. Ialah, sembahyang kita ke mana. Amal ibadat kita diterima ke tidak. Hai tak tauler teman.
.
2. Cilok kereta
2. Cilok kereta
.
Nampak macam best jer kan mencilok. Kita cepat sampai dulu dari orang yang mengikut undang2 di jalan raya. Tapi, tau tak kesannya apa? Kita menyebabkan ke"jem"an yang dahsyat. Tau nak cilok jer yer. Si Atid catit lagi.
Nampak macam best jer kan mencilok. Kita cepat sampai dulu dari orang yang mengikut undang2 di jalan raya. Tapi, tau tak kesannya apa? Kita menyebabkan ke"jem"an yang dahsyat. Tau nak cilok jer yer. Si Atid catit lagi.
.
3. Pandu Kereta Tak Berhemah
3. Pandu Kereta Tak Berhemah
.
Kengkadang, kita berasa tak rush nak kemana-mana, jadi biarler kita di line 2 atau line 3. Tapi janganler duduk kat line 1. GGGeram tau. Dah tau slow, nampak kereta belakang hampir, gerakler ke line ke-2 pada jarak yg selamat. Kasihanlah orang yang nak kejar jalan ni. Nak terberak ker. Kecemasanker... saper tau
Kengkadang, kita berasa tak rush nak kemana-mana, jadi biarler kita di line 2 atau line 3. Tapi janganler duduk kat line 1. GGGeram tau. Dah tau slow, nampak kereta belakang hampir, gerakler ke line ke-2 pada jarak yg selamat. Kasihanlah orang yang nak kejar jalan ni. Nak terberak ker. Kecemasanker... saper tau
.
4. Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Yang menanti saban waktu. Setia menanti. Elakkan kemalangan dari terjadi. Kalau terjadi juga redhailah pemergiannya. Sudah suratan ilahi.
4. Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Yang menanti saban waktu. Setia menanti. Elakkan kemalangan dari terjadi. Kalau terjadi juga redhailah pemergiannya. Sudah suratan ilahi.
.
Kemalangan yang perlu kita elak dengan mematuhi undang-undang jalan raya
5.2.11
Semacam jer hari ini...
Seram sejuk jer bila jumpa doktor yea?
Lamanya menunggu. Kesabaranku ke tahap gaban dah ni. Kalian bayangkanlah daftar 10.20 pagi, jam 12.20 tgh kena timbang. Alahai punya canggih hospital, masih guna neraca timbang. Bagi jer lah kat sekolah den. Buat pameran sejarah. Lepas tu ukur tekanan darah. Normal katanya.
Tunggu lagi hingga jam 1.15 tgh. Berbincang sikit-sebanyak. Taknakler menipu kali ni, nak terangkan pada mereka aku nak tahu rasanya jadi pesakit di wad psikiatri. 2 dalam 1. Sakitpun yea, nak menyamar jadi orang tak betulpun yea.
Lepas tu, Dr Suhana mencari vena di 3 tempat, sebab vena aku menyorok tak bagi cucuk. Lastly di cucuk jugak ler. Menyumpah aku kat Dr tu. "Sakitnya,...... berdosa doktor cucuk orang ni tanpa redha". Aku memang tak pernah redha anggota badanku disakitkan. Aku kira doktor nak ambil darah sahaja. Rupa-rupanya dibiusnya aku bagi aku tidur. Hai.... macam nilah prosedurnya seorang dr. Nampak mulia tapi sebaliknya penganiaya. Nasib tak jadi doktor.
10.8.10
Debit Card Maybank2u
Penggunaan DEBIT CARD semakin meluas. Ia memudahkan pelanggan untuk membayar tanpa mengeluarkan wang tunai. DEBIT CARD juga membolehkan urusan jual-beli secara online walaupun seseorang itu tidak mempunyai kad kredit. Ia perlu diaktifkan secara online terlebih dahulu untuk membolehkan transaksi berlaku.
.
Caranya:
.
1. Aktifkan maybank2u.
.
2. Login masuk
3. Klik pada Maybank Secure Online Shopping Registration di bawah UTILITIES.
4. Isikan maklumat yg diperlukan. Dan, SUBMIT.
.
Anda sudah boleh membuat transaksi dengan jayanya. Cubalah.
.

.

.ALERTPAY bank untuk SWOM
27.5.10
Cuba teka? Daging apa...
.
Macam real jer daging ayam ni. Tapi betul ker ia daging ayam?
Asal usul daging ini adalah seperti di bawah. Kebanyakan daging ini diperolehi dengan mudah di sekitar Bali, Bandung, Jakarta di Indonesia.
.
Tikus-tikus yang telah dibunuh dikumpulkan terlebih dahulu.
.
.
Dibakar untuk menghilangkan bulu.
.

.
Dagingnya disiang, dipotong dan dicuci sebelum digoreng.
.
.
Diperap untuk digoreng.
.
.
Daging yang telah digoreng.
.
.
Siap sedia untuk dihidang.
.
.
Wah.... macam menarik. Yea tak?
.
.
Yummy.... Daging ni kan?
.
.
Kredit: Rozila (smap90) atas rantaian email yg dikirimkan.
12.4.10
Subhanallah....
Kengkadang apa yang diterima dari email boleh dikongsi sama. Berikut adalah gambar awan yang sangat cantik kiriman kengkawan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
11.3.10
Entahlah...
Hari demi hari. Saya merasa hidup ini kosong sekosongnya. Entah kenapa... terasa tiada perasaan. Ya Allah kembalikan hati dan perasaan saya. Kasihanlah saya Ya TUhan. AMin.
4.11.09
Punca Segala Penyakit
Jantung adalah hati secara rohaninya.
Sebenarnya sejak umur 19 tahun saya seperti tahu punca segala penyakit. Tak kiralah penyakit hati ker seperti bangga, perasaan hasad dengki, tidak boleh tengok orang senang dsb. Juga penyakit fizikal seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, kanser dll. Penyakit hati ini saling kait mengait dengan penyakit fizikal.
.
Ingat tidak tatkala Nabi Muhammad kecil, baginda telah dicucikan hatinya dengan air zam-zam oleh malaikat jibril.
.
Maka dengan ini, saya membuat kesimpulan bahawa membersihkan hati adalah perkara yang terpenting sekali dalam hidup.
.
Bagaimana hendak membersihkan hati?
.
Berzikirlah. Paling mudah Allah, Allah, Allah. Setiap masa dan setiap ketika. Tidak kira samada tengah berjalan, tengah mendengar lagu dsb.
.
Amalkan setiap kali kaki melangkah, hati turut berzikir Allah, Allah, Allah,...
Amalkan setiap kali kaki melangkah, hati turut berzikir Allah, Allah, Allah,...
.
Dan, setiap kali mendengar lagu, gunakan tempo tertentu untuk berzikir. Semakin rancak tempo tersebut, makin rancaklah berzikir. Dan, pada saya ini adalah zikir alaf baru. Tanpa memegang tasbih. Hati masih berzikir. Dan, hal ini menjadikan kita tidak berkhayal bila mendengar muzik.
.
Sesungguhnya penyakit hati adalah punca segala penyakit. Dan, cara memulihkannya dengan cara berzikir setiap masa dan ketika.
.
.
25.10.09
Crab Ranggoon
Crab Ranggoon hasil drpd Mieza (SMAP90)
Saya masih terpikir-pikir, apalah yang hendak saya masukkan ke dalam juadah blog hari ini. Jadi, untuk santapan ramai biarlah saya paparkan resepi crab ranggoon yang telah dibuat oleh Mieza, rakan saya pada gathering raya, 17 Oktober yang lalu.
.
Berikut adalah resepinya:
.
1. Kulit Wantan
2. Cream Cheese
3. Crab Stick
4. Daun Bawang
5. Gula secukup rasa
.
Campurkan sahaja semua bahan2 dari no 2 hingga no 5.
Kemudian masukkan dlm kulit wantan.
Lekatkan bucu kulit wantan tu. (Boleh gamkannya dgn menggunakan tepung + air).
Pastu goreng
(*kulit wantan boleh diperolehi diperolehi di TESCO, JAYA JUSCO atau Carefour di bahagian Mee. Dan, tak perlu letakkan garam)
Kredit : Mieza Kamal (SMAP90) atas kesudian berkongsi resepi yang sungguh sedap ini.
21.10.09
Kelebihan Ayat Kursi
Kiriman email.
.
Al-kisahnya, ada seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah menanam keraguan di hati sang suami terhadap kesetiaan sang isteri di rumah, begitulah juga sebaliknya. Sebab itu Rasulullah masuk rumah hanya setelah mendengar jawapan salam daripada isterinya. Tatkala itu, si syaitan akan lari ketika jawapan salam.
.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
.
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
.
.
19.10.09
Menu Gathering Raya SMAP90
Al-kisahnya gathering raya SMAP90 (P) ini menunya secara potluck perbincangan secara inbox facebook. Inilah menu-menunya:
Mee Rebus daripada Tuan Rumah. Marvelous... sedapnya.
The chicken pie daripada Azah Ali.
Rendang ayam (atas) drpd Suzeela dan rendang daging drpd Badariah Suboh,
Menu asalnya ialah sate tapi telah bertukar menjadi donut. Hehehe.... sate manis.
Coklat kek daripada Dzue. Walah... sedapnya.
Morocco Chicken drpd Azirah
Fruit cocktail jelly drpd Rozi
Buah anggur drpd Heldah dan Norli
Crab Ranggoon drpd Mieza
Ketupat drpd Ina Esman
Lemang drpd Irma.
SMAP90 Ladies Raya Gathering
Siapa kata nak mengumpulkan kawan-kawan satu sekolah mudah? Payah meh... Nasib baiklah tahun ni ada Hari Raya Deepavali. 17 Oktober 2009. Sabtu. Kalau dibuatnya kena hari Ahad, dah pasti tak menjadi plan kami ini.
Kami, seramai 20 orang (Perempuan sahaja) telah selamat berjumpa di rumah Husna di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Mengikut plan, perjumpaan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 2 petang.
Berikut adalah gambar2 yang berkaitan.
Gambar SMAP90 (Ladies)
Di tempat makan.
5 Merah
5 Biru
Wakil dari 5 Hijau dan 5 Jingga
1 Biru
17.10.09
Gambar Rusa
Hari ini masa saya dipenuhi dengan mengunjungi open house di dua tempat. Cheras dan Shah Alam. InsyaAllah, esok n3 saya tentang open house di Cheras yang penuh gamat. Gambar2 yang penuh kenangan itu belum diupdatekan lagi oleh rakan-rakan saya.
Jadi, pada hari ini, saya terlihat beberapa gambar yang menarik minat saya untuk dipamerkan di blog saya iaitu gambar rusa.
Kelebihan :
banyak protein, kurang kolesterol & rasanya manis.
banyak protein, kurang kolesterol & rasanya manis.
Sesuai :
untuk orang berpenyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
untuk orang berpenyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Harga :
RM40-RM50 sekilogram.
RM1700 (60-70 kg yang sudah siap dilapah)
RM40-RM50 sekilogram.
RM1700 (60-70 kg yang sudah siap dilapah)
Pembekal : Dzul (019-235 1535).
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































