27.5.10

Cuba teka? Daging apa...

.
Macam real jer daging ayam ni. Tapi betul ker ia daging ayam?

Asal usul daging ini adalah seperti di bawah. Kebanyakan daging ini diperolehi dengan mudah di sekitar Bali, Bandung, Jakarta di Indonesia.
.

Tikus-tikus yang telah dibunuh dikumpulkan terlebih dahulu.
.


.
Dibakar untuk menghilangkan bulu.
.


.
Dagingnya disiang, dipotong dan dicuci sebelum digoreng.
.

.
Diperap untuk digoreng.
.


.
Daging yang telah digoreng.
.

.
Siap sedia untuk dihidang.
.


.
Wah.... macam menarik. Yea tak?
.



.
Yummy.... Daging ni kan?
.
Kredit: Rozila (smap90) atas rantaian email yg dikirimkan.

12.4.10

Subhanallah....

Kengkadang apa yang diterima dari email boleh dikongsi sama. Berikut adalah gambar awan yang sangat cantik kiriman kengkawan.

.

.
.

.


.
.

.

.

11.3.10

Entahlah...

Hari demi hari. Saya merasa hidup ini kosong sekosongnya. Entah kenapa... terasa tiada perasaan. Ya Allah kembalikan hati dan perasaan saya. Kasihanlah saya Ya TUhan.  AMin.

4.11.09

Punca Segala Penyakit

Jantung adalah hati secara rohaninya.

Sebenarnya sejak umur 19 tahun saya seperti tahu punca segala penyakit. Tak kiralah penyakit hati ker seperti bangga, perasaan hasad dengki, tidak boleh tengok orang senang dsb. Juga penyakit fizikal seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, kanser dll. Penyakit hati ini saling kait mengait dengan penyakit fizikal.
.
Ingat tidak tatkala Nabi Muhammad kecil, baginda telah dicucikan hatinya dengan air zam-zam oleh malaikat jibril.
.
Maka dengan ini, saya membuat kesimpulan bahawa  membersihkan hati adalah perkara yang terpenting sekali dalam hidup.
.
Bagaimana hendak membersihkan hati?
.
Berzikirlah. Paling mudah Allah, Allah, Allah. Setiap masa dan setiap ketika. Tidak kira samada tengah berjalan, tengah mendengar lagu dsb.
.
Amalkan setiap kali kaki melangkah, hati turut berzikir Allah, Allah, Allah,...
.
Dan, setiap kali mendengar lagu, gunakan tempo tertentu  untuk berzikir. Semakin rancak tempo tersebut, makin rancaklah berzikir. Dan, pada saya ini adalah zikir alaf baru. Tanpa memegang tasbih. Hati masih berzikir. Dan, hal ini menjadikan kita tidak berkhayal bila mendengar muzik.
.
Sesungguhnya penyakit hati adalah punca segala penyakit. Dan, cara memulihkannya dengan cara berzikir setiap masa dan ketika.
.

25.10.09

Crab Ranggoon


Crab Ranggoon hasil drpd Mieza (SMAP90)

Saya masih terpikir-pikir, apalah yang hendak saya masukkan ke dalam juadah blog hari ini. Jadi, untuk santapan ramai biarlah saya paparkan resepi crab ranggoon yang telah dibuat oleh Mieza, rakan saya pada gathering raya, 17 Oktober yang lalu.
.
Berikut adalah resepinya:
.
1. Kulit Wantan
2. Cream Cheese
3. Crab Stick
4. Daun Bawang
5. Gula secukup rasa
.

Campurkan sahaja semua bahan2 dari no 2 hingga no 5.
Kemudian masukkan dlm kulit wantan.
Lekatkan bucu kulit wantan tu. (Boleh gamkannya dgn menggunakan tepung + air).
Pastu goreng

(*kulit wantan boleh diperolehi diperolehi di TESCO, JAYA JUSCO atau Carefour di bahagian Mee. Dan, tak perlu letakkan garam)

Kredit : Mieza Kamal (SMAP90) atas kesudian berkongsi resepi yang sungguh sedap ini.

21.10.09

Kelebihan Ayat Kursi





Kiriman email.
.
Al-kisahnya, ada seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah menanam keraguan di hati sang suami terhadap kesetiaan sang isteri di rumah, begitulah juga sebaliknya. Sebab itu Rasulullah masuk rumah hanya setelah mendengar jawapan salam daripada isterinya. Tatkala itu, si syaitan akan lari ketika jawapan salam.
.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
.

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
.

19.10.09

Menu Gathering Raya SMAP90

Al-kisahnya gathering raya SMAP90 (P) ini menunya secara potluck perbincangan secara inbox facebook. Inilah menu-menunya:


Mee Rebus daripada Tuan Rumah. Marvelous... sedapnya.



The chicken pie daripada Azah Ali.



Rendang ayam (atas) drpd Suzeela dan rendang daging drpd Badariah Suboh,



Menu asalnya ialah sate tapi telah bertukar menjadi donut. Hehehe.... sate manis.



Coklat kek daripada Dzue. Walah... sedapnya.



Morocco Chicken drpd Azirah



Fruit cocktail jelly drpd Rozi



Buah anggur drpd Heldah dan Norli



Crab Ranggoon drpd Mieza



Ketupat drpd Ina Esman



Lemang drpd Irma.

SMAP90 Ladies Raya Gathering

Siapa kata nak mengumpulkan kawan-kawan satu sekolah mudah? Payah meh... Nasib baiklah tahun ni ada Hari Raya Deepavali. 17 Oktober 2009. Sabtu. Kalau dibuatnya kena hari Ahad, dah pasti tak menjadi plan kami ini.

Kami,  seramai 20 orang (Perempuan sahaja) telah selamat berjumpa di rumah Husna di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Mengikut plan, perjumpaan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 2 petang.

Berikut adalah gambar2 yang berkaitan.


Gambar SMAP90 (Ladies)


Di tempat makan.


5 Merah


5 Biru


Wakil dari 5 Hijau dan 5 Jingga


1 Biru


17.10.09

Gambar Rusa


Hari ini masa saya dipenuhi dengan mengunjungi open house di dua tempat. Cheras dan Shah Alam. InsyaAllah, esok n3 saya tentang open house di Cheras yang penuh gamat. Gambar2 yang penuh kenangan itu belum diupdatekan lagi oleh rakan-rakan saya.

Jadi, pada hari ini, saya terlihat beberapa gambar yang menarik minat saya untuk dipamerkan di blog saya iaitu gambar rusa.
















Kelebihan :
banyak protein, kurang kolesterol & rasanya manis.

Sesuai :
untuk orang berpenyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Harga :
RM40-RM50 sekilogram.
RM1700 (60-70 kg yang sudah siap dilapah)

Pembekal : Dzul (019-235 1535).

16.10.09

Pecah Masuk Rumah lagi.


Kolej Lagenda

Setelah 26 hari saya membiarkan rumah kosong sebab cuti dan masuk wad. Sayapun berangkat pulang ke rumah di Kolej Lagenda pada dua hari yang lepas. Haiya... masuk lagi oranglah. Habis barang2 diselongkar. Macamlah rumah saya banyak harta. Sikit tak sikit orang masuk, habis RM3k jugalah termasuklah kos membetulkan barang2, segala kepala paip dll.

Saya rasa, pemecah masuk ni marah pada saya. Ada sekeping gambar dipacakkan pisau kecil. Di cermin dilakarkan "fuck you" menggunakan gincu lama saya. Mesti dia marah sebab tak ada barang.


Ya Allah, sabarkan hati saya. Tabahkan hati saya dalam menempuh segala pancaroba yang sekarang dan akan datang.


Semoga Allah memberi keselamatan pada saya dan harta benda saya. Amin.

15.10.09

Azab Bagi Wanita


ilustrasi Gambar.

Diceritakan daripada Sayidina Ali ra melihat Rasululullah menangis hiba ketika dia datang bersama isterinya Sayidatina Fatimah. Keduanya hairan lantas bertanya mengapa baginda mengalirkan air mata.
.
Lantas beliau menjawab “Aku teringatkan pada malam aku di isra’kan, aku melihat ramai perempuan disiksa dengan pelbagai siksaan. Sungguh mengerikan.”

.
“Apa yang ayahanda lihat?” Tanya putri Rasulullah.

.
“Aku melihat ada perempuan digantungkan rambutnya sambil otaknya mendidih.”
.
“Ada perempuan yang digantungkan lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.”

.
“Aku melihat perempuan terlentang kedua kakinya dengan terikat tangannya, dan ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking.”

.
“Ada perempuan yang memakan badannya sediri sedangkan dinyalakan api neraka di bawahnya. Aku lihat juga perempuan yang bermuka hitam memakan tali perutnya sendiri.”

.
“Ada juga perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka. Otaknya keluar dari lubang hidung. Badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.”

.
“Ada perempuan yang badannya seperti himar dengan beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. “

.
“Ada perempuan yang rupanya seperti anjing sambil api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka.” Kata Nabi lagi.

.
“Kenapa mereka disiksa sedemikian rupa Ya Rasulullah?” Fatimah menyoal.

.
“Wahai putriku, mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.””

.
“Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang membawa lelaki ke tempat tidurnya.””

.
“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

.
“Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah orang suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya dan suka pula mengumpat orang lain.”

.
“Perempuan yang memotong badannya sediri dengan gunting api neraka kerana bersolek, berhias diri dan memperagakan dirinya untuk dilihat pada lelaki bukan muhrimnya.

.
“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya dan ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya adalah kerana tidak mengamalkan solat sedangkan dia tahu mengamalkan solat dan tidak mahu mandi junub.”

.
“Adapun perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah pengumpat dan pendusta. Manakala perempuan yang menyerupai anjing adalah suka memfitnah dan membenci suami.”

.
Mendengar penjelasan baginda Rasulullah, Saydina Ali dan Syaidatina Fatimah Az-Zahra turut menangis.

.
(Ubahsuai dari kiriman e-mail Zainuddin, Nur-Suraya: sampaikan walau satu ayat)
.
.

12.10.09

Oh Tuhan. Apa yang telah aku lakukan....


.
Saya kebingungan sejak balik dari hospital. Apa yang telah saya lakukan? MasyaAllah. Mohon diampunkan segala dosa saya ya Allah.
.
Bipolar disorder yang saya idapi ini menjadikan diri saya seorang yang tidak malu. Walhal saya adalah seorang yang amat pemalu orangnya.
.
Moga-moga kalian memahami akan apa yang telah saya tulis bahawa diri saya dalam keadaan yang sakit. Tidak dalam kawalan diri. Dan, terima kasih kerana memahami.
.

11.10.09

Ciri-ciri Suami Soleh




oleh: Izzan Aufa
.
.

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

.
• Kuat agamanya


Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
.

• Baik akhlaknya


Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
.
• Tegas mempertahankan maruah


Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
.
• Amanah


Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
.
• Pemurah tetapi tidak boros


Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
.

• Tidak liar matanya


Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
.
• Terbatas pergaulan


Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
.

• Rakan pergaulannya


Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
.
• Bertanggungjawab


Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
.
• Tenang wajah


Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

9.10.09

Padang Pasir

Hari ini, marilah kita tengok gambar-gambar permandangan di padang pasir. Teringat pula pada "Barkhan" si bukit pasir berbentuk bulan sabit.
.



Gambar 1
.

Gambar 2
.



Gambar 3
.



Gambar 4
.



Gambar 5
.



Gambar 6
.



Gambar 7
.



Gambar 8
.



Gambar 9
.



Gambar 10
.



Gambar 11
.



Gambar 12


Kredit: Mohd Raznan Hassan, SMAP90 atas kiriman gambar yang amat cantik.