15.10.09

Azab Bagi Wanita


ilustrasi Gambar.

Diceritakan daripada Sayidina Ali ra melihat Rasululullah menangis hiba ketika dia datang bersama isterinya Sayidatina Fatimah. Keduanya hairan lantas bertanya mengapa baginda mengalirkan air mata.
.
Lantas beliau menjawab “Aku teringatkan pada malam aku di isra’kan, aku melihat ramai perempuan disiksa dengan pelbagai siksaan. Sungguh mengerikan.”

.
“Apa yang ayahanda lihat?” Tanya putri Rasulullah.

.
“Aku melihat ada perempuan digantungkan rambutnya sambil otaknya mendidih.”
.
“Ada perempuan yang digantungkan lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.”

.
“Aku melihat perempuan terlentang kedua kakinya dengan terikat tangannya, dan ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking.”

.
“Ada perempuan yang memakan badannya sediri sedangkan dinyalakan api neraka di bawahnya. Aku lihat juga perempuan yang bermuka hitam memakan tali perutnya sendiri.”

.
“Ada juga perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka. Otaknya keluar dari lubang hidung. Badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.”

.
“Ada perempuan yang badannya seperti himar dengan beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. “

.
“Ada perempuan yang rupanya seperti anjing sambil api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka.” Kata Nabi lagi.

.
“Kenapa mereka disiksa sedemikian rupa Ya Rasulullah?” Fatimah menyoal.

.
“Wahai putriku, mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.””

.
“Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang membawa lelaki ke tempat tidurnya.””

.
“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

.
“Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah orang suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya dan suka pula mengumpat orang lain.”

.
“Perempuan yang memotong badannya sediri dengan gunting api neraka kerana bersolek, berhias diri dan memperagakan dirinya untuk dilihat pada lelaki bukan muhrimnya.

.
“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya dan ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya adalah kerana tidak mengamalkan solat sedangkan dia tahu mengamalkan solat dan tidak mahu mandi junub.”

.
“Adapun perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah pengumpat dan pendusta. Manakala perempuan yang menyerupai anjing adalah suka memfitnah dan membenci suami.”

.
Mendengar penjelasan baginda Rasulullah, Saydina Ali dan Syaidatina Fatimah Az-Zahra turut menangis.

.
(Ubahsuai dari kiriman e-mail Zainuddin, Nur-Suraya: sampaikan walau satu ayat)
.
.

1 comment:

meladygege said...

sangat menarik.. tanx alot.... sy pinjam untuk blog sy ek? http://meladygege.blogspot.com