4.11.09

Punca Segala Penyakit

Jantung adalah hati secara rohaninya.

Sebenarnya sejak umur 19 tahun saya seperti tahu punca segala penyakit. Tak kiralah penyakit hati ker seperti bangga, perasaan hasad dengki, tidak boleh tengok orang senang dsb. Juga penyakit fizikal seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, kanser dll. Penyakit hati ini saling kait mengait dengan penyakit fizikal.
.
Ingat tidak tatkala Nabi Muhammad kecil, baginda telah dicucikan hatinya dengan air zam-zam oleh malaikat jibril.
.
Maka dengan ini, saya membuat kesimpulan bahawa  membersihkan hati adalah perkara yang terpenting sekali dalam hidup.
.
Bagaimana hendak membersihkan hati?
.
Berzikirlah. Paling mudah Allah, Allah, Allah. Setiap masa dan setiap ketika. Tidak kira samada tengah berjalan, tengah mendengar lagu dsb.
.
Amalkan setiap kali kaki melangkah, hati turut berzikir Allah, Allah, Allah,...
.
Dan, setiap kali mendengar lagu, gunakan tempo tertentu  untuk berzikir. Semakin rancak tempo tersebut, makin rancaklah berzikir. Dan, pada saya ini adalah zikir alaf baru. Tanpa memegang tasbih. Hati masih berzikir. Dan, hal ini menjadikan kita tidak berkhayal bila mendengar muzik.
.
Sesungguhnya penyakit hati adalah punca segala penyakit. Dan, cara memulihkannya dengan cara berzikir setiap masa dan ketika.
.