15.9.09

Amarin... suatu cerita

Kepala saya ni terasa banyak benda nak menulis. Tentang lagu jepun Mira e (Kiroro) yang masih mencari bahan mengenainya. Tentang punca segala masalah di dunia ni, dan byk lagi ler. Hehehe... Kak Hida saya sebenarnya dah mula risaukan saya sebenarnya. Dia adalah kakak yang paling terbaik dlm dunia ni. Saya amat bertuah mempunyai kakak seperti ini. Oh... my sister, I love u so much. :(. Sebak pula rasa hati ni. Dia begitu cepat memahami saya. Tatkala saya mula merapu, dia akan cepat2 menelefon saya. Adakah saya sudah mula sakit semulakah?
.
InsyaAllah kak Hida. Adikmu ini, akan cuba mengawal diri agar tidak melakukan lg perkara yg dulu-dulu tu. Sebenarnya, apa yg berlaku dulu, adalah percubaan utk melihat sejauh mana, kak Hida saya seorang ini akan menyayangi saya. Berkorban apa sahaja. Hatta, harta dan nyawa. Dialah sebahagian hidup saya. Dan, saya tidak akan menyusahkan hatinya lagi. Kak Hida ehk... Hal dulu tu, adalah suatu perkara yg adikmu ini memperolehi sesuatu. Tp, tak boleh dikongsi bersama lagi. Belum tiba masanya lagi. Itu rahsia saya. Kekadang terasa saya terpaksa berlakon menjadi org gila. Sbb masa tu, tgh menghayati jadi org yang gila. Org yg dok kat tepi jalan... macam kebanyakan orang di Masjid India.
.
Dahlah... tak habis kalau saya dah start merapu ni. Baikler saya cerita tentang kengkawan saya pula. Masa berbuka puasa di Amarin, Mid-Valley hari Sabtu, malam Ahad yang lalu. Hehehe... depalah kawan-kawan sejati saya. Mereka tidak kisah dan malu untuk berkawan dengan org yg sakit macam saya. Kekadang merekalah menyokong saya, selepas housemate kakak saya si kaunselor saya. Syamin Khadijah. Saya jer gelarkan dia kaunselor. Sebenarnya dia seorang eksekutif kewangan (macam akauntanler) di sesebuah syarikat di Selangor. Sorry, Syamin, nama ko pun terlibat sama lah pula.
.
.
Kata kengkawan saya, sedap giler makan di sini. Ishk... saya ni, tak abis-abis kerjanya mempromosikan org jer ehk... hehehe... Lebih kurang RM50 sekepala. Itu yang diaorang cakapler.
.
.
Nasi goreng nenasnya sedap sekali... itu kata Rozie ler.
,
.
Tengokler sahabat2 saya ni, tengah bersabar nak buka posa. Hidangan dah depan mata. Aikh.... buat orang kecur air liur jer. Hehehe....
.
.
Berborak sakan nampak? Hehehe.... dikalangan kengkawan saya ni, ada seorang penglipulara. Kalau dia start cakap... sampai terbeliak biji mata... hahaha.....
.
.
.
.
Dan, saya dan rakan-rakan yang lainnya amat berbangga kerana ada seorang daripada kami, adalah seorang mak andam. Weh... mak andamkan? Bukan wedding planner kan? Pernah masuk pertandingan solekkan kat TV3 tak silap saya 4-5 tahun yang lalu. Aikh... betul ker saya. Dan, dia dapat no. 2. Kan Afidah? Ker saya cakap-cakap jer...hehehe... Teruskanlah Afidah. Dah, itu minat ko kat sana. Semoga ko berjaya yek.
.
.
Afidah sambil demontrasi menunjukkan bedak yang sesuai untuk kulit.
.
Oklah, sikit-sikit jerler cerita. Tak boleh banyak-banyak. Sebab nak tergelakkan diaorang jer kerjanya.Ahak..
.
.
.
Chaiyo! Semoga berjaya Afidah sahabatku....
.
Kredit: Husna (SMAP90) cantiklah ko punya gambar. Manyak lawo oOO...
.
.

13.9.09

Ihya' Ramadhan via SMAP90 Ladies Mini Iftar

Huhuhu... saya berada dalam persimpangan. Apa taknya, malam sabtu semalam saya ada dua agenda yang saya perlu pergi. Satu wajibulghunnah kena datang. Satu lagi sunnat muakad. Antara kewajipan sbg guru dan kewajipan sbg kawan. Di telan mati emak. Di luah mati bapak... eh.. apa betulker peribahasa saya ni? Hehehe... taram jer la...
.
Majlis Ihya' Ramadhan di SMRA Nilai bermula jam 4.30 petang hingga 10.30 malam. Agendanya: Ucapan pengerusi, Yang dipertua PIBG, Bacaan Yassin, Majlis Restu Ilmu, Pelancaran Animasi Tabung Surau , Berbuka, Solat Terawih dan Solat Hajat.
.
Memang setiap tahun, kami para guru dan ibu-bapa akan meraikan bakal pelajar PMR2009. Pelajar dan penjaga seiring menyalami dan memohon restu ilmu daripada kami, guru-guru SMRA Nilai. Kami para guru tak ramaipun, adalah dalam 21 orang + 4 orang guru praktikal dari UPM. Dan jumlah pelajarpun tak sampai 80 orang. Boleh sangat-sangatlah buat majlis macam ni. Kalau sekolah besar-besar nak salam seorang demi seorang, nak mampus... tupun dah penat berdiri.
.
Ramai pelajar meleleh air mata. Sedih bebenorlah nampaknya. Saya membalas senyum menahan tangis... sebakler juga dah diaorang menangis depan mata... Saya doakan mereka berjaya. Berjaya di dunia dan akhirat. Semoga mereka dipermudahkan menjalani peperiksaan bulan Oktober ini.
.
Dalam masa yang sama, ada agenda yang lain pula. Mini Iftar SMAP90 (P) di Amarin, Mid-Valley KL. Haiya... mana boleh macam ni. Kalau boleh saya duplicate tubuh saya. Akan saya duplicate supaya saya boleh ke sekolah dan ke Amarin serentak. Tapi, apa nak buat... keadaan tidak mengizinkan.
.
SMAP90 Ladies Mini Iftar (12/09/2009), di Amarin Mid-Valley KL.
Dari kiri: (Belakang) Zila, Tini, Afidah Khamis, Rozie, Azah Ali. (Depan) Ina Esman dan Husna. Saya?.... dapat tengok gambar orang jer le..
.
Saya akan memaksa diri untuk pergi ke setiap agenda kengkawan saya sekiranya ada. Bukan apa, pentingnya pada saya memupuk tali silaturrahim sesama teman. Walau berjumpa setiap hari di alam maya (Facebook). Tapi, hakikatnya hubungan ini akan lebih akrab bila mata bertentang mata... hehehe...bersasteralah pulak saya...
.
Aikh... mestilah. Alangkan nak belajar ilmu kena berdepan guru ye tak... Nak berkawanpun macam tulah juga. Itu konsep saya. Hai.... macam matematik pula ada konsep... hehehe... Dah terbiasa. Menggembirakan kawan bukankah itu konsep sebagai orang Islam dalam kewajipan sesama teman.
.
Kekadang... saya terfikir, kenapalah setengah orang tak suka bercampur. Tak kiralah jiran ker, saudara-mara ker, sahabat handai ker... tanpa sebarang alasan. Kalau nak diikutkan ianya adalah fardhu kifayah... ye tak. Besar pahalanya. Manalah kita tahu, dengan hal sekecil ini, amalan ini yang Allah terima. Siapa tahu. Eh... ini kira amal maaruf nahi mungkar juga ya... Betul tak?
.
Aikh... macam penceramahlah pulak saya ni. Kalah Dato' Siti Norbayah... hahaha....  Sudah-sudahlah saya merapu... karang jemu pulak anda membaca.
.
Apapun, memang saya nak pergi kedua2 tempat pada masa yang sama. Tapi, apa boleh buat... Yang wajiblah kena dulukan. Yang sunat dikemudiankan....
.
Kredit: Terima kasih kepada Husna (SMAP90) atas kiriman gambar melalui Facebook. Canggih Facebook ni... belajar-belajarlah menggunakannya...

12.9.09

Empat Musim

.
4 musim: Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk
.
Saya teringin sangat nak berjalan ke luar negara. Tak kiralah ke mana? Tapi, ongkosnya tiada... Kalau adapun hutang buat apa. Buat pening kepala jer. Memanglah boleh swap jer kad kredit. Tapi... tak sangguplah saya. Menambah hutang sedia ada. Jadi, cukuplah sekadar melihat dari gambar-gambar dari internet, buku-buku, poskad dsb.
.
Sungguh cantik permandangannya 4 musim ini. Teringat pula saya Ilmu Alam @ Geografi dan Sains Paduan tentang kejadian empat musim ini. Musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Kesan dari peredaran bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya : bentuk elips (bulat lonjong). Eh...Apa betulker? Sebab kalau bulan mengelilingi bumi itu kejadian siang dan malam pula. Dan, ada kesan pasang surut dan wujud kejadian gerhana pula.
.
Rupa-rupanya bumi kita beredar mengelilingi matahari mengikut lawan arah jam. Dan, satu pusingan lengkap mengambil masa 365 1/4 hari. Sambil bumi beredar mengelilingi matahari, ia juga berputar pada paksi bumi. Oleh kerana ia beredar pada orbitnya yang tidak sama jejarinya sbb berbentuk elips. Jadi pancaran cahaya matahari tidak sekata sampai di bumi.
.
Bumi beredar mengelilingi matahari. Berpusing dan berputar sekali serentak. Tanda kebesaran Ilahi. Menetapkan semua hal dgn Maha Bijaksana.
.
Di garisan Khatulistiwa sentiasa perolehi pancaran matahari. Logiknya, semakin jauh dari garisan Khatulistiwa, semakin berkuranglah kuasa pancaran tsbt. Dan, ia mempengaruhi jumlah tenaga haba asli yang sampai ke bumi. Semakin jauh dari matahari, semakin kurang haba dan sebab itu suhu semakin sejuk, dingin dan seterusnya membeku seperti di kutub selatan dan kutub utara.
.
.
Gambar di bawah adalah antara 4 musim yang berlaku di Adelaide, Australia yang berada di Hemisfera selatan.
.
.
.
.
.
info: Peredaran Bumi  
.
.
Kredit: Terimakasih pada sahabat saya, Yaya Bachok (SMAP90) atas kiriman gambar (Facebook) yang sekarang berada di Australia untuk menyiapkan Phdnya. Semoga beliau berjaya dengan jayanya.
.
.

11.9.09

Antara Dua Cinta....(2)

Setiap kali saya menyanyikan lagu ini, saya akan berasa sebak sendiri. Saya berasa diri ini terlalu payah untuk memupuk cinta. Cinta dunia dan cinta akhirat. Hehehe...Bukanlah cinta monyet seperti kata Wadihan, salah seorang pelajar saya.
.
.
Hari ni, entah angin apa, masuk kelas Ting 1S terus saya mencatatkan lirik lagu puisi Antara Dua Cinta ini di whiteboard. Macam nak mengajar sastera pulak lagak saya. Mak aikh... Saja jer. Kengkadang budak2 sekolah ni boring jugak asyik belajar teori jer. Buat latihan. Tanya soalan. Belajar, belajar dan belajar. Rutin sehari-hari. Sesekali, biar ler diaorang belajar lain sikit hari ni. Menghayati seni... ingat cikgu Math ni kayu ker... lagi kreatif ada ler... hehehe macam saya... perasan lagi... hahaha
.
.
Oklah.... kita serius sikit yea. Sebenarnya lagu ini lagu yang paling kerap saya dendangkan bila saya terasa diri saya "somebody". Orang Bipolar macam saya ni, katanya perasan dirinya hebat. Contohnya: perasan jadi Superman, Spiderman, Fantastic Four, Heroes, Wali Allah..lah, Nabi...lah, Allah...lah.... dan macam2 lagilah.
.
.
Heroes. Cerita yang saya nantikan di TV3. Tapi, entah kenapa dah takde pula. Best giler... 
.
.
Entah-entah... Perempuan yang mengaku Nabi selepas Nabi Mohammad tu pun Bipolar juga tak. Fatimah apaker namanya semasa zaman khalifah Al-Makmun. Ayah Pin tu mungkin Bipolar jugak kot..... Cuma, dia tu tak rujuk pada Doktor Psikiatri. Cuba rujuk... sah-sah dikatakan Bipolar... rasanya la...
.
.
Dan, bila saya cari bahan lagi tentang orang mengaku nabi selepas Nabi Mohammad. Ya...Allah. Koq banyak sekali..... ramainya mengidap Bipolar yea. Siapa agaknya yang turunkan penyakit ini jika tidak dari sang Pencipta. Untuk melihat, keimanan dan ketakwaan kita padaNya.
.
.
Saya tidaklah pulak merasakan diri seorang Nabi dan juga Wali Allah. Tapi, saya merasa begitu terbeban dalam diri terasa seperti terpaksa memimpin umat manusia bersatu padu menegakkan ajaran Islam yang syumul dan penuh kasih-sayang. Siapakah saya? Hai... entahler... Sepatutnya, semua kita merasakannya. Sebab setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Selagi bernafas, selagi itu perlu kita usaha untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat malah sesama manusia. Mengenal diri dan mendekati sang pencipta. Sekiranya tidak berbuat apa. Bersediakah kita untuk ditanya dihari pembalasan kelak?
.
.
Siapalah saya ini... Saya sedar saya seorang perempuan. Tidak akan sesekali naik pangkat jadi ketua. Hatta nak jadi imam di masjid di kalangan jemaah lelaki dan perempuanpun tak layak.  Tapi, kenapa yea saya berperasaan sedemikian rupa. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dan, saya pasti itu adalah rahsiaNya.
.
.
Ya Allah. Lindungilah saya dari mengidap Bipolar lagi. Semoga nyanyian dan dendangan lagu Antara Dua Cinta menambahkan keimanan dan ketaqwaan saya pada yang Maha Esa. Amin.
.
.
Wallahu'alam.
.

Antara Dua Cinta



Antara Dua Cinta ...
.
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap 
Barukan terasa bila hilang
Apa yang diburu  timbul rasa jemu 
Bila sudah di dalam genggaman
.
.
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
.
.
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
.
.
Penyanyi: Raihan @ The Zikr
Penulis lirik: Pahrol Mohd Joui
Komposer: Nazrey
.
.
Hayatilah senikata lagu ini....Terasa diri ini sering mencintai dunia sedangkan akhirat kurang sekali...Sebak pula rasa hati...
.
.
.

8.9.09

Berarak Mendung Kelabu....

Sebelum kalian membaca, saya nak minta kalian buka browser baru, copy dan paste url yang di atas. Kemudian baru pada klik lagu ini ya Layang-layang Terputus Talinya. Nyanyian Alleycats. Zaman 80-an. Konon-kononnya bunyi sound effect dia lah. Baru macam sayu jer bunyinya... hehehe.
.
Hari ni, saya tak terdaya nak bercerita banyak. Entahlah.... rasa rawan pulak hari ni. Sebab semalam punya kes kot. Melayan Facebook. Melihat kawan-kawan bercerita yang melahirkan perasaan suka, benci, geram dsb. Dan, saya perhatikan kawan-kawan yang rajin mengusik, menyokong, merayu sesama. Membuatkan saya senyum sekali sekala. Hai... bertuahnya ramai kawan yea.
.
Saya tengok gambar kengkawan, family, gambar yang kawan tag dalam facebook. Membelek-belek gambar dari mereka mencari idea. Oklah... tengok awanlah yea hari ni...
.
Awan yang mendung.
.
Menutup langit dan berwarna kelabu...
.
Membuatkan hati merasa gerun. Akan kebesaran ilahi.
.
Lalu berarak mendung kelabu.
.
Mengikut arah angin yang menderu.
.
Dan, akhirnya langit kembali membiru
.
.
Begitulah hakikat dan realiti kehidupan. Dalam masa kepayahan dan kesukaran. Pasti ada kesenangan di kemudian. Tak dapat di dunia. Pasti peroleh di akhirat sana.
.
.
Kredit: Terimakasih Azah Ali (SMAP90). Atas sumbangan gambar Awan dapat dikongsi bersama.
.

7.9.09

Ishk.. Geramnya...

Nak ikutkan hati mati. Ikut rasa binasa. Tapi, kalau dah rasa geram... macam nak jadi CSI pulak hari ni. Boleh cari cap jari kat pintu, kat tombol dan sekitarnya. Tombol pintu yang mahalpun dicederakan. Aduh!!!!
.
Ada grillpun tak guna. Orang kalau nak masuk rumah tu, masuk jugalah kan....Apa report polis? Dah pernah buat dahpun. Masa hilang TV Sony 24'' dan  beberapa barang elektrik lain. Tapi, ialah polispun banyak kerja lainkan....
.
Jaga? Dah lama tak ada. Area rumah saya tu memang tak ada orang duduk sangatpun. Ramai yang sarankan pada saya agar pindah sahaja rumah. Tapi, rumah saya kalau tak saya yang duduk. Siapa pulak yang nak duduk. So, berani-beranilah duduk di sini. Tawakkal ilaLLah.
.
Manalah ada barang sangat kat rumah orang bujang ni. Tupun diaorang nak masuk jugak. Aiseyman...
.
Baru jer bulan Mac dan April rumah kena ceroboh. La..nipun dicerobohi lagi. Ishk... Saya kena pikirkan jalan macamana nak elak dicerobohi lagi. Harus bagaimana ya?
.
Kalau tengok di negeri Omputih. Mana pasang grillkan? Tak adapun suka-hati masuk rumah orang lain. Beradab sungguh dia orang ni. Ada nilai etika yang tinggi yang kurang ada pada segelintir masyarakat kita utk masuk ke rumah orang lain. Tapi, betul ker? Atau cerita TV sahaja?
.

Anak Rusa Nani...

Anak Rusa Nani,
Baru tumbuh ekor,
Apa salah kami,
Lalu tidak tegur....
.
Teringat lagu-lagu klasik masa zaman kanak-kanak dulu. Walau ayatnya pendek dan diulang berkali-kali. Ada maksud yang tersirat... Cantik sekali bahasa dulu-dulu yea.
.
Berceritalah pula saya tentang Rusa. Rusa kalau zaman sekarang ni, orang kenali sbg jenama kereta... kan. Tak silap saya bawah Perodua. Ala-ala van gitu. Comel, kecik, molek, lote, keras... hehehe.. mestilahkan, dah kenderaanpun namanya.
.
Perodua Rusa
.
Rusa kalau zaman dulu-dulu, seekor binatang. Ala... macam dalam cerita Santa Clause tu. Binatang yang tarik kereta dia adalah rusa...kan. Nak kata kancil, ia besar sikit dan ada tanduk. Itu gambaran sayalah.
.
Inilah rusa. Tapi kenapa tak ada tanduk aikh.. Agaknya betina kot.
.
Rupa-rupanya, rusa ni sedap bila dimakan. Rasa manis, kurang lemak dan tak berminyak. Itu orang katalah.... Saya belum pernah rasa. Teringin juga... sesekali ke kedai sate SAMURI cari juga. Tapi... tak ada. Mungkin habis stok agaknya.
.
Kalau dari segi saintifiknya, daging rusa ini mengandungi banyak protein dan kurang kolesterol. Sesuai sungguh bagi pengidap Diebetes, darah tinggi dan sakit jantung. Boleh dimasak seperti daging biasa seperti Rendang, BBQ dsb.
.
Marvelous... Rusa BBQ...
.
Kalau orang dulu-dulu nak makan daging rusa ni, kena berburu di hutan. Tapi, sekarang ni, zaman millineumlah katakan... nak berburupun, tengok hutanler ..Ahai... Bukanker banyak hutan sekarang ni dah dibangunkan. Lagipun, bukan boleh sebarang-sebarang boleh buru haiwan hutan ni.
.
Jadinya, rusa sekarang dikomersialkan di ladang-ladang penternakan. Ada di Gemencheh, Lenggeng, Seliau, Serting, Juaseh dan banyak lagi di seantero Malaysia.
.
Oleh kerana bekalan daging rusa ini terhad. Harga dipasaranpun agak tinggi. Boleh mencapai RM40-50 sekilogram. Dan kalau seekor rusa yang sudah siap dilapah berharga RM1700 (60-70kg). Tapi, peliklah saya. Kenapa tidak dijual di pasar ker, pasaraya ker.... Kalau adapun melalui agen atau pembekal.
.
Apapun, saya kesian pula pada orang yang mengidam. Manalah tau, antara yang terbaca karangan saya ni, kalangan ibu-ibu yang kena buatan orang tu kot teringin nak makan. Bolehlah saya rekemenkan dengan kenalan saya : En. Dzul (019-235 1535).
.
Tak kuasalah saya kalau nak jadi pengedar sama... Mana nak mengajar lagi. mana saya nak tumpukan pada bisnes SMS kecil saya lagi. Sudah-sudah ler tu. Karang dikejar tak dapat dikendong berciciran pulak... Ye tak?
.
.

Pindahan Wang

.
.
"Dik, akak nak pergi bank Maybanklah. Nak masukkan duit pada anak akaklah di UKM. Dia nak guna duit hari ni." Kata Kak Sal.
"Nak ikut kak. Boringlah pulak menunggu di SMK Seremban 2 ni. Seminar Keusahawanan 2 jam lagi bermula." Jelas saya.
"Akak, saya nak tanya sikit. Akak masukkan duit tu cara mana?"
"Akak keluarkan duit dulu. Lepas tu baru masukkan duit pula."
"Oooh... macam tu kah?"
.
Rupanya, ramai yang masih tidak jelas tentang penggunaan ATM machine ni. Kena beratur 2 kali. Sekali nak keluarkan duit. Sekali lagi nak masukkan duit. Kalau beraturnya panjang. Mungkin tak jadi berkali-kali nak ke ATM pula. Ahai.....
.
Ada kaedah mudah sebenarnya. Kalau kita perasan, semasa membuat pengeluaran akan keluar di skrin beberapa menu. Antaranya: Baki wang, Pengeluaran Tunai, Pembayaran Bil dan Pindahan Wang.
.
Pilih Pindahan Wang (kalau tiada dalam pilihan lain-lain)
Pilih Akaun ke-tiga
Masukkan nilai duit, contohnya: 50.00
Masukkan no. akaun (Kalau ATM Maybank, kenalah akaun Maybank juga)
Pilih Ya (Jika pasti penama akaun berkenaan)
Ambil resit. Dan...Settle.
Tak payahlah nak beratur pula di Cash Deposit Machine.
.
Kalau jauh ATM anda, melebihi kos RM2 pengangkutannya. Adalah baik menggunakan Maybank2u.com pula. Tunggu..... cerita di lain masa pula.
.
Bank lain pula caranya bagaimana?
Pada saya, konsepnya sama jer. Cubalah...dan kita pasti berbangga bila berjaya membuatnya...
.
.

6.9.09

Layan gambar..

Kekadang bila kita teringat zaman dulu-dulu, kita akan rindu. Dan, kita akan lihat segala perubahan kita termasuklah perubahan fizikal. Saya ni kejap kurus, kejap gemuk. Tapi, sejak akhir-akhir ni, tak boleh lah kurus macam dulu lagi. Dah expired date kot ... hehehe...
.
Layan jer lah yea..
.
Teringat zaman mengajar di SMK Bandar Tasik Selatan 2005.
Dr kiri Kak Jumaati, saya, Yati dan Ude. InsyaAllah... saya akan bercerita mengenainya.
.
Di Tasik Permaisuri, Cheras. Dari kiri: Roha, saya, Syamin, Kak Hida. Posing sakan...
.
Rakan-rakan sekolah lama. SMAP90. Bilalah nak buat reunion lagi yea. 2005.
Dari kiri: (Belakang) Fairus, Adib, saya, Shima, Senna, (argh.. lupalah yang belakang tu), Nurizal, Dzue. (Depan) Zaki dan Jahd.
.
Family saya. Raya 2006.
.
Di SMRA Nilai. 2009. Dari kiri: Kak Minah, Suria, saya, Dilah dan Ima.
.

Nasibmu nak...

"Macamana percubaan PMR kelmarin. Dah tahu result?" Nazriah ditanyai saya.
"Dah cikgu. Tapi, tak semualah dah dapat tahu markahnya."
"Sains Kelas 3G macamana cikgu?"
"Alhamdulillah....2 orang dapat A. 2 orang dapat B."
"Kelas saya?"
"6 orang lulus. Selebihnya dapat merah saja. "
"Awak lulus sains tak Nazriah?"
"Hmm..."
"Rasanya.... awak tak luluskan?" Tanya saya lagi. Masa tu saya mengajar subjek Sains.
"Kenapa yea cikgu.... Saya dah study. Sampai pukul 2 pagi."
"Bila awak study Nazriah? Malam nak periksa tu saja ker?" Tersenyum Nazriah tanda menjawap.
"Hmm... orang kalau nak berjaya bukan baca satu hari saja." Jelas saya.
"Tapi, saya bacalah cikgu. Hari-hari saya baca."
"Sebenarnya cikgu..... saya tak tenang."  Jelas Nazriah lagi.
"Apasal?"
"Family cikgu. Ah... tak de apa-apalah cikgu."
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apalah cikgu."
"Ceritalah... " Pujuk saya. Sambil mengusap lengan Nazriah.
"Susah hatilah cikgu. Ayah di Johor. Mak di sini."
"Ada apa-apa masalah ker? Hmm..Mak ayah berpisah ker?" Saya meneka dalam kesamaran.
"Iyea cikgu." Berair mata Nazriah menahan tangis.
"Tak sampai hati kalau balik asrama tengok emak menangis malam-malam."
"Hmm....Cuba Nazriah abaikan masalah tu buat masa sekarang. Fikir nak belajar saja. Kalau dapat baik keputusan nanti. Mesti mak suka. Boleh buat dia gembira." Cadang saya.
"Payahlah cikgu."
"Asyik fikirkan nasib adik di Johor dengan Ayah. Selamatkah dia di sana?" Risaulah saya.
"Hmm... sabarlah yek. Cuba bangun malam. Doakan mak ayah berbaik semula. Doa sekali mudah terima ilmu bila belajar. Awak nak periksa dah ni. Lagi dua bulan lagi ni. Fikirkan belajar sahaja sekarang yek."
.
Hai.... betulker gayanya saya memujuk anak murid saya ini? Nasiblah kak Hida saya pernah bercerita pengalamannya mengatasi masalah muridnya masa dia mengajar di Sek Ren Agama Perumahan Mara, Johor 10 tahun yang lalu. Kiranya saya tiru idea dia ler ni.
.
Kesian ehk kalau kita meletakkan diri menjadi Nazriah.
.
Sebenarnya bukan dia sorang jer hadapi masalah ni. Ramai lagi di luar sana lebih kurang sama saja problemnya. Tak tahulah nak cakap apa. Kadang-kadang pikir masalah mungkin datang dari bapa. Kadang tu pulak dari pihak ibu. Kata Dr HM Tuah dan Dr Fadhilah Kamsah, kedua-duanya kena bertolak ansur sama. Kalau dari Ust Fauzi dari Radio KLFM 6.45 pagi, perlu sama-sama jaga diri. Mungkin dari segi penampilan. Mungkin dari segi pembauan. Dan, pelbagai mungkin lagilah.
.
Ada suatu cerita, seorang isteri mintak Khalifah (Umar) untuk memohon bercerai. Sebab suaminya selekeh. Nasiblah Khalifah Umar slow-talk dengan suami perempuan tu. Minta dia bercukur dan memakai berpakaian segak serta bau-bauan yang harum sebelum bertemunya esok. Dan, apabila bertemu Umar keesokannya. Si isteri tak jadi untuk memohon bercerai pula. Dek terpesona dengan si suami pula. Si isteri harus menjaga diri. Si suamipun turut sama jaga diri. Sama-sama faham-memahami. Begitulah halnya dengan perkara-perkara lain juga. Itulah kesimpulan yang diperolehi. Pengalaman memang tiada. Tapi mendengar cerita tu banyak ler.
SMRAN
2008.
.

Tanda Allah Cinta

Saya cukup tak gemar bila bercerita tentang penyakit saya. Tapi yang saya hairan, setiap kali saya sakit saya akan menulis puisi. Puisi tentang ketuhanan. Puisi tentang hati mati. Puisi tentang Sampah. Puisi tentang Syurga dan Neraka dsb. Mungkin saya terlalu memikirkannya sedalam-dalamnya. Saya cuba kaitkan agama dengan sains. Apa? Gila isim ker saya? Hehehe... Tak tahuler nak kata apa.
.
Harap selepas ini, walau saya menulis sebarang puisi, janganlah saya sakit kembali. Nauzubillah... Janganlah saya menyusahkan keluarga saya lagi terutama emak abah dan kak Hida.


"Ya Allah... lindungi diriku dari sakit kembali." Pinta saya.
.
Ini adalah antara puisi yang rasanya, saya cuba buat semasa diserang "Bipolar Disorder" buat kali ke-3.. Eeii... maluler saya....
.
Tanda Allah Cinta
.
Bila kita berjalan
Alangkah eloknya
Orang ikhlas memandang
Orang bangkit memuliakan
Seperti lagaknya Umar Abdul Aziz berjalan
Di Arafah tempat pilihan
Itulah sebenarnya tanda…
Tanda Allah cinta padanya
Bila hati manusia turut terpaut sama.
.
Sesungguhnya teman
Jika Allah cinta padamu
Akan berseru Jibril di langit
“Sesungguhnya, Allah cinta padamu Ya si fulan”
.
Maka
Seluruh penghuni langit mula jatuh hati
.
Dan
Seruan cinta dilanjutkan ke bumi
Maka cinta bersemi di planet bumi
Satu persatu terpaut hati
.
Awas teman!
Jika Dia memurkaimu
Jibrilpun berseru di langit
“Sesungguhnya, Allah amat murka padamu si fulan!!!”
.
Maka
Seluruh penghuni langit murka padamu
.
Dan
Seruan benci dilanjutkan ke bumi
Maka seluruh planet bumi pula jatuh benci
Satu persatu dendamnya berapi
.
Wahai manusia
Wahai jin, haiwan
Wahai angin, air, api
Wahai pokok, tanah, bukit
Wahai gunung
Wahai matahari
Wahai atom-atom, molekul dan sebatian
Wahai virus nyata dan maya
Wahai sekelian mahkluk yang tercipta
Sesungguhnya
Allah murka pada si fulan
.
Maka... bibit bencana bercanda
Banjir besar, tsunami,
ribut taufan, tornado, jerebu,
haiwan ternakan penyakit melanda, virus menggila,
volcano meletuskan isinya, gempa bumi, gerakan tanah
kemarau kering tumbuhan tak keluar, hutan terbakar, panas terik tak terkata
Masalah sosial menjadi gejala
dan banyak lagi tanda-tanda kemurkaannya
.
Apakah mahu bencana berlaku lagi maha dahsyat nanti
Baru tersentak dan tu baru terngadah?
Baru tersedar dari terleka?
.
Oh! Sudah terlewat saat itu
Maafkan Daku wahai makhlukKu
SudahKu ingatkanmu melalui pesuruh dan kitab-kitabKu
.
Aku maha kasih padamu,
Aku maha sayang padamu
Tapi kau buat Aku benci
Kau buat Aku luka hati
Sanggup kau menduakanKu..
Sanggup kau meninggalkan suruhanKu
Sanggup kau melakukan laranganKu
Aku sudah puas bersabar
.
Bila Kumurka
Kemaafan sudah Ku”delete” semuanya
Aku jadi kejam. Maha kejam pula!
Tidak terdengarkah adanya jeritan suara di Siberia
Tatkala proses carian minyak di sana
Bukankan sudah ternyata ada Syurga dan Neraka?
Harus bagaimana?
.
Jadi...
Yang mana satu jadi pilihan hati?
Mahu dicintai atau dimurkai
Mahu disayangi atau dibenci
Sesungguhnya ia pemberian Rabbi
Anugerah atas amalan diri
Buat baik tautnya bersemi
Yang dilarang Tuhan patut dijauhi
A’mal makruf nahi mungkar
Itulah petua atau rahsia
Panduan untuk bercinta padaNya.
.
Sesungguhnya banyak rahsia sudah terbongkar
Satu persatu Ku izin keluar
Hanya berfikir dapat dicapai...
Berfikirlah.
Kerana ia tanda orang beriman.
.
Awiejb
9-8-2005
Bandar Sri Permaisuri
.
Edited
8-11-2006
Kolej Lagenda, Mantin
.